CantikRambut

Cara Terbaik Mengatasi Rambut Berminyak

rambut berminyak - woman online magazine

Kredit : extra

Ramai wanita yang mengeluh kerana memiliki jenis rambut yang berminyak.Selain membuatkan kulit kepala berasa tidak selesa,penampilan juga boleh menjadi seperti serba tak kena.

Rambut berminyak berpunca daripada pengeluaran minyak yang berlebihan dari kelenjar kulit kepala.Pengeluaran minyak yang berlebihan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti penggunaan syampu secara berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit kepala anda, masalah perubahan hormon ketika period, keturunan dan sebagainya.

Berikut beberapa cara untuk mengatasi rambut berminyak:

  1. Anda boleh membasuh rambut pada setiap hari. Tapi fokuskan pencucian pada rambut bukan kulit kepala melainkan pada helaian rambut, kerana jika terfokus pada kulit kepala, ia dapat mengeringkannya.
  2. Gunakan perapi rambut hanya di hujung-hujung rambut saja. Hindari menggunakan perapi rambut pada batang rambut yang berada cukup dekat dengan akar rambut.
  3. Lemon adalah buah yang banyak mengandungi vitamin, mineral penting untuk menjaga kesihatan rambut dan mengatasi rambut berminyak. Lumur jus lemon pada kulit kepala dan rambut untuk mengurangkan minyak yang berlebihan pada rambut dan kulit kepala
  4. Anda boleh menggunakan syampu ringan (mild shampoo), syampu khas untuk rambut berminyak dan syampu bayi.
  5. Untuk mengatasi rambut berminyak anda juga boleh menggunakan air teh. Kandungan asid tanat pada air teh ternyata boleh mengatasi rambut berminyak.Air teh berfungsi mencegah pengeluaran minyak yang berlebihan di kulit kepada dengan cara memperkecilkan pori-pori kulit.

<< Ketahui vitamin yang sesuai untuk menyuburkan rambut di sini.

 

Previous post

Ketahui Cara Mengatasi Infeksi Saluran Kencing

Next post

6 Khasiat Labu Yang Sungguh Luar Biasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *