6 Menu Sarapan Terbaik Untuk Anda Yang Nak Jaga Badan
Kredit Foto:computerwallpapers
Menu Sarapan. Pilihlah menu sarapan yang kandungannya mampu membangkitkan semangat dan stamina anda sepanjang hari dan bukannya sekadar mengenyangkan sahaja.
Menurut Elizabeth Somer, RD penulis Food & Mood, pemilihan makanan yang tepat dapat membantu kita lebih bersedia,berfikiran positif dan lebih berenergi dan semakin kreatif. Berikut beberapa menu sarapan penambah semangat yang sebaiknya diambil di pagi hari.
Kaya dengan protein dan kalsium yang membantu mengaktifkan fungsi-fungsi sistem darah yang akan menjaga keseimbangan hormon dan imunisasi tubuh. Di dalam kacang soya ini juga terdapat ‘isoflavones’ yang dapat membantu menjernihkan fikiran anda dan melawan kehilangan memori pada otak.
Cubalah minum segelas susu soya, tuangkan ke dalam semangkuk bijirin gandum atau campurkan beberapa tauhu yang sudah dipotong-potong ke dalam telur separuh masak.
Kaya dengan vitamin B6 dan ‘trytophan’. Pisang mampu memberikan efek yang menenangkan sekaligus membantu mood anda menjadi lebih bahagia.
Baca Juga: 8 Sarapan Rendah Kalori
- Susu
Bukan sahaja menguatkan tulang, kalsium dalam susu juga dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangi stress.
Mengandungi ‘tryptophan’, protein dalam ayam dapat menghasilkan ‘dopamine’ dan ‘neropinephine’ yang boleh membuatkan anda lebih berenergi sekaligus berasa tenang tanpa dibebani stress.
Semua makanan olahan gandum kaya dengan selenium yang berguna untuk melepaskan ketegangan otot dan fikiran. Pengambilan roti gandum secara teratur sangat bagus untuk keyakinan diri serta rasa yang lebih relaks. Begitujuga dengan semangkuk oatmeal. Pilihan di tangan anda, jadi pilih sahaja menu sarapan kegemaran anda.
Baca Juga: 7 Kebaikan Telur Separuh Masak
- Kopi
Efek kafein yang terkandung dalam kopi sikit sebanyak akan mempengaruhi tubuh kita. Badan akan terasa lebih fit, energetik dan sentiasa bersemangat. Kafein akan membantu anda untuk berfikir dengan lebih cepat. Ia mampu memberikan signal pada otak agar lebih cepat merespons dan dengan tangkas mengolah memori pada otak.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang kurang mengambil tentang berat pola pemakanannya,
<< Turunkan berat badan dengan lemak baik. Baca di sini.
No Comment