5 Punca Buat Rambut Berbuah
Kredit Foto: becomegorgeous
Rambut Berbuah. Rambut berbuah sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung. Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah?
Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan.Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.
Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya.
Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan.
- Kurang tidur.
Baca Juga: Tips Tidur Lena
- Tidak mengeringkan rambut dengan betul.
- Pengambilan makanan yang kurang nutrisi.
- Penggunaan produk rambut yang berlebihan.
Baca Juga: Vitamin Untuk Rambut
- Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah Ialah:
- Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
- Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
- Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.
Baca Juga: Merawat Rambut Bercabang
- Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.
- Anda boleh memakai perapi rambut pada hujung rambut dan bukan pada kulit kepala anda.
Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah
- Revitalizing
– Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut.
– Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut.
– Mempunyai ejen yang menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembabkan atau kering.
Baca Juga: Cara Merawat Rambut Kering
- Purifying
– Syampu jenis ini mampu membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran lain.
– Mengekalkan keseimbangan ‘lipid’ dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut jika anda mewarnakan rambut
– Ia adalah sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berbuah.
- Replenishing
– Ia merupakan sejenis perapi dan pelembab yang pekat bagi memiliki rambut yang berkilat dan lembut
– Ia dapat memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang berbuah
– Menguatkan rambut dengan protein yang sesuai bagi rambut berbuah.
Tidak sempurna jika anda hanya menggunakan produk rambut, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Antaranya ialah:
- Air
– Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut dan mengelakkan dari berlaku ‘dehidration’.
– Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau tanpa kehadiran rambut berbuah.
Baca Juga: Rahsia Rambut Tebal
- Protein
– Ia juga dikenali sebagai keratin yang berfungsi bagi pertumbuhan rambut yang lebih kuat
– Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat dan lebat
– Dapat mengelakkan rambut berbuah dan bercabang
- Vitamin dan mineral
– Vitamin A digunakan untuk menjaga kulit rambut
– Vitamin B dan C berguna untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut
– Untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan berbuah
- Sayur-sayuran hijau
– Untuk menghasilkan sebum serta berfungsi sebagai pelembab rambut semulajadi
- Buah-buahan segar
– Memberikan nutrisi yang baik dan mengurangkan keguguran rambut
- Makanan laut
– Kandungan zink dapat membantu mencegah rambut berbuah dan rambut gugur.
INFO EKSTRA!
- Petua 1 :
Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
- Petua 2 :
Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.
- Petua 3 :
Gunakan daun bunga raya campur dengan sedikit air. Ramas atau tumbuk. Kemudian letakkan di atas rambut dan gosokkan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Benarkah pewarna rambut boleh menyebabkan kanser? Ketahuinya di sini.
No Comment