7 Cara Mudah Supaya Bibir Pink Semulajadi
Kredit Foto : static
Bibir Pink. Warna bibir yang sihat atau bibir pink akan menambah daya kecantikan seseorang wanita.
Alangkah beruntungnya jika anda memiliki bibir pink. Tanpa menggunakan sebarang calitan lipstik pun penampilan anda masih tetap menarik. Jika anda kurang bertuah, jangan berkecil hati. Anda tetap boleh memiliki bibir pink juga. Ada beberapa yang perlu anda praktikan jika mahu bibir pink semulajadi.
Berikut Cara Dapatkan Bibir Pink:
1.Sapukan madu atau minyak zaitun di bibir sebagai pengganti lipstick atau lipgloss setiapkali keluar melakukan aktiviti.Kandungan vitamin E dan mineral dalam madu dan minyak zaitun sangat berkesan untuk menjadikan bibir pink
2. Pilihlah lip balm yang mempunyai perlindungan yang mampu melindungi bibir anda daripada efek negatif sinar matahari.
Baca Juga: Atasi Masalah Bibir Kering Dan Pecah
3. Jika anda tidak suka memakai lip balm sebelum tidur, anda boleh gantikannya dengan madu,minyak zaitun dan jus lemon. Ianya berfungsi sebagai pelembab dan bekerja secara maksimum ketika anda tidur.
4. Jangan jilat bibir anda. Air liur (saliva) akan membuatkan kelembapan yang dicipta oleh lip balm lebih cepat menghilang.
5. Banyakkan minum air putih. Jika anda mengalami dehidrasi, bibir adalah tanda pertama yang akan dilihat oleh orang.
Baca Juga: Kebaikan Air Suam
6. Jika mahu bibir pink, anda kena perbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar terutamanya yang tinggi kandungan vitamin C. Selain itu, vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk pil.
7. Untuk mengelakkan bibir menjadi hitam dan demi mendapatkan bibir pink, jangan pakai lipstik dalam tempoh lama melebihi lapan jam.
<< Ketahui cara mudah untuk membuatkan bibir anda nampak ‘penuh' dan seksi di sini.
1 Comment
memang selalu juga sapu madu kat bibir tapi tak lama sebab akan dijilat.. hehe