CantikDiet

Cara Mudah & Sederhana Miliki Tubuh Ideal Bak Supermodel

Tubuh ideal - woman online magazine

Kredit : globlestyle

Anda sanggup tak makan semata-mata mahu mendapatkan tubuh ideal? Bahaya tau! Sekalipun mahu berdiet dan mendapatkan tubuh ideal, anda tetap perlu memastikan keperluan zat yang seimbang dalam tubuh badan.Bukan apa jika tak kena caranya, sia-sia sahaja anda berdiet atau mengikat perut.Berat badan tak juga turun, malahan lemak juga semakin bertambah!

Berikut bebeapa cara mudah untuk anda berdiet bagi mendapatkan tubuh ideal tanpa perlu mengikat perut.Apa yang penting, adalah kurangkan portion makanan dan kombinasikan menu, nescaya tubuh anda akan langsing dan sihat. Pastikan juga anda mendapatkan karbohidrat, protein dan lemak secukupnya.

7.00 pagi – Bangun Tidur

Lakukan sedikit regangan badan sebaik bangun daripada tidur. Ini untuk membuatkan tubuh anda menjadi lebih relaks dan mengembalikan posisi saluran penghadaman anda. Buat regangan yang sederhana dan ringkas. Misalnya, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.

7.30 pagi

Minum segelas air kosong sebaik saja anda bangun. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman. Pastikan juga anda mendapat bekalan air yang secukupnya dalam tubuh iaitu lapan gelas setiap hari.

8.00 pagi – Sarapan

Sarapan yang baik adalah sarapan yang mengambil 25 % daripada portion makanan anda setiap hari. Menu dalam setiap sarapan juga perlu seimbang antara protein dan karbohidrat agar tubuh tidak cepat letih dan mengantuk sewaktu belajar atau beraktiviti.

10.00 pagi – Minum Pagi

Menu minum pagi haruslah tidak berat dan tidak boleh lebih 10 % daripada keseluruhan diet setiap hari. Seeloknya makan sesuatu yang berasaskan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk pencernaan.

12.00 tengahari – Makan tengahari

Portion makan tengahari adalah yang paling besar, iaitu sekitar 35 – 45 % daripada keseluruhan diet sehari. Menu yang disarankan adalah yang lengkap gizinya seperti nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur. Kalau boleh, lebihkan sayur dan buah yang kaya dengan serat.Kurangkan makanan berminyak, berlemak atau bersantan kerana kolesterolnya yang tinggi dan hindari juga sayuran yang merangsang gas seperti brokoli.

2.00 petang – Kudapan Petang

Untuk kekal segar dan merangsang otak agar sentiasa cerdas, makan sedikit kudapan seperti kacang almond atau buah-buahan. Makan buah seperti epal yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang menjaga bentuk tubuh agar kekal ideal. Elakkan makan makanan yang bergoreng.

4.00 petang – Minum Petang

Untuk mengelak lapar pada waktu petang, semangkuk sup sudah mencukupi untuk alas perut. Kandungan sup yang berasaskan air akan memudahkan proses penghadaman. Anda juga boleh makan creamy soup, asalkan bukan instant soup kerana kandungan garam yang terlalu banyak.

6.30 petang – Makan Malam

Untuk menjaga tubuh agar kekal ideal, pastikan anda makan malam sebelum pukul 7 malam. Portion yang diperlukan adalah sekitar 20 – 25 % daripada keseluruhan diet sehari. Menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur. Hindari makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti burger, makanan ringan, atau seafood.

9.00 petang – Sebelum Tidur

Segelas air kosong atau teh herba sudah mencukupi sebagai hidangan anda sebelum tidur. Ia akan merangsang sistem penghadamanagar terus bekerja sepanjang malam selain membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari. Bagi anda yang mengalami masalah perut kembung, jadikan ini sebagai rutin setiap hari untuk memastikan penghada,am sentiasa lancar di samping membuang angin yang termendap.

<< Ketahui rahsia miliki perut rata dalam tempoh 20 hari di sini.

 

Previous post

Resepi Brownies Kukus

Next post

Tips Penjagaan ‘Contac Lens’ Yang Perlu Anda Tahu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *