CantikDiet

Ketahui Penyebab Berat Badan Anda Turun-Naik

Ketahui Penyebab Berat Badan Anda Turun Naik - ASL Training

Kredit : hubspot

Gemuk atau kelebihan berat badan biasanya dikaitkan dengan terlalu banyak makan makanan tinggi lemak dan jarang bersenam.Sebenarnya kelebihan kalori dan lemak bukan penyebab utama kenaikan berat badan anda.

Ada banyak faktor yang menyebabkan berat badan anda mudah naik, antaranya seperti berikut:

  1. Hormon

Hormon estrogen pada wanita merupakan hormone yang bertanggung jawab untuk pembentukan tubuh. Jika jumlahnya berlebihan ia akan meningkatkan risiko anda untu menjadi gemuk. Vitamin B6 dikatakan dapat dapat membantu anda mengatasinya.

  1. Stress

Bagi sebahagian orang yang mengalami stress, berat badannya akan menurun. Tetapi, ada juga berat badannya naik mendadak. Jika anda termasuk dalam kategori mereka berat badannya meningkat naik, ianya disebabkan kerana adanya hormon stres yang dikenali sebagai ‘kortisol’. Di sebab kehadiran ‘kortisol’, selain boleh mengurangkan fungsi ketahanan tubuh, ia juga mempengaruhi tingkat konsentrasi serta meningkatkan penggumpulan lemak dalam tubuh. Untuk menjaga berat badan anda supaya tetap stabil, usahakan untuk tetap santai dan mengawal emosi anda.

  1. Kurang Tidur

Biasanya anda yang memiliki kebiasaan waktu tidur yang buruk, atau mengurangi waktunya, berat badannya cenderung lebih mudah naik, jika dibandingkan dengan mereka yang tidur mencukupi. Jadi, hindari bekerja terlalu larut malam agar pola istirahat anda pada malam hari tidak terganggu.

  1. Kadar Tiroid

Kadar hormon tiroid yang rendah bermakna anda telah memiliki tahap energi yang rendah, kulit cenderung kering dan mudah berasa sejuk.Selain itu,anda yang rendah kadar hormon tiroidnya juga lebih mudah menambah berat badan, tetapi sukar untuk menurunkannya. Oleh sebab itu, ada baiknya sesekali anda memeriksa kadar hormon tiroid dan perbanyakan pengambilan makanan yang kaya dengan ‘yodium’ seperti rumput laut.

  1. Tertipu Dengan Label Makanan Sihat

Makanan yang memiliki label sihat seringkali belum tentu benar-benar sihat! Tidak mustahil ianya juga lebih tinggi kadar lemak dan gula. Jadi, anda disarankan untuk berhati-hati dan membaca dengan teliti label kandungan produk makanan yang anda beli itu.

<< Ketahui rahsia dapatkan perut rata dalam masa 20 hari di sini.

 

 

Previous post

Kulit Lebih Terjaga Kecantikannya Dengan Jus Bayam

Next post

Ingin Kekal Cantik? Lakukan Perkara Ini Sebelum Anda Tidur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *