8 Petua Hilangkan Parut
Kredit Foto: bigcommerce
Petua Hilangkan Parut.Sememangnya kehadiran parut sangat merunsingkan fikiran kita kerana parut dapat menjejaskan penampilan kita seharian.
Tidak kira parut luka terbakar,parut jerawat,mahupun parut luka bersalin dan sebagainya,semuanya akan menimbulkan rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai sekaligus menyebabkan kita berada dalam keadaan murung dan kurang keyakinan diri.
Apa Itu Parut?
Sebenarnya parut adalah pertumbuhan kolagen yang berlebihan dan cepat terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semulajadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semulajadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.
Jenis-Jenis Parut
1. Parut luka biasa akan kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, Kemudian menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.
2. Parut atrofi biasanya wujud di bawah permukaan kulit. Contoh parut ini adalah seperti parut jerawat atau parut cacar air (chicken pox).
3. Parut keloid akibat terkena api adalah parut yang timbul di permukaan kult. Parut ini boleh merebak melebihi kawasan yang luka dan juga akan terus membesar dan muncul semula walaupun telah dibuang.
Jadi, jika anda atau ada ahli keluarga yang mengalami parut-parut ini,WOM.my ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk menghilangkannya. Mudah saja caranya, anda boleh merawatnya di rumah sahaja.
Petua hilangkan parut adalah seperti berikut :
Petua 1:
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Bancuhkan serbuk yang telah lumat tersebut dengan bedak sejuk dan tuangkan sedikit air. Setelah sebati, sapu rata di bahagian yang berparut itu. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.
Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis
Petua 2:
Ambil biji asam jawa dan gorenglah tanpa menggunakan minyak kira-kira lima minit. Kemudian,ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Apabila serbuk tersebut keluar titiskan sedikit air dan gosokkan pada parut.
Petua 3:
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar ketiga-tiga bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan sapu dengan rata di muka anda. Biarkan sehingga kering dan gosokkan perlahan-lahan seperti anda sedang memakai skrub. Setelah itu,bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.
Petua 4:
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insya-Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
Baca Juga: Manfaat Asam Jawa
Petua 5:
Sediakan jagung muda dan parutkan jagung sehingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesan parut tersebut pudar.
Petua 6:
Kulit pisang juga berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Gosokkan tempat parut tersebut setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Baca Juga: Khasiat Kulit Pisang
Petua 7:
Lendir daun lidah buaya ternyata mampu menghilangkan parut atau kudis jika diamalkan selalu. Malah, ia juga mampu menyejukkan kulit. Caranya, ambil sehelai daun lidah buaya. Kemudian belahkan kepada dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir tersebut pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering.
Petua 8:
Ambil segenggam kacang hijau dan tumbuk sampai hancur sehingga menjadi serbuk. Kemudian,campurkan dengan sedikit air. Akhir sekali,sapukan ramuan tadi pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.
Nota Kaki: Cubalah amalkan petua-petua ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini. Selamat Mencuba dan jangan lupa SHARE ya!
<< Ketahui khasiat buah pala untuk cantik, sihat dan penuh ghairah di sini.
2 Comments
Info yang amat menarik. Terima kasih share.
Terima kasih ataskomen yang membina.Keep supporting us!