CantikKulit

Benarkah Kulit Jadi Lebih Cerah & Gebu Dengan Produk Collagen?

Produk Collagen - Women Online Magazine

Keinginan untuk memiliki kulit wajah cantik sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia terutamanya wanita.Ini kerana kecantikan akan memberikan lebih keyakinan kepada seseorang. Apatah lagi, jika dia berkerjaya.

Kini, produk kesihatan yang mengandungi collagen begitu popular bagi kecantikan kulit wajah. Jom ketahui perihal produk collagen yang hangat di pasaran pada masa sekarang.

Apa itu Collagen?

Collagen adalah sejenis protein untuk memelihara keremajaan serta keanjalan kulit. Antara sumber collagen terbaik ialah collagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.Setakat ini sumber collagen pada ikan ialah daripada sisik atau kulit ikan. Kelebihan collagen ikan ialah strukturnya yang mirip dengan collagen manusia dan molekulnya lebih mudah diserap oleh tubuh manusia.

Kepentingan Collagen

Collagen dapat mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Collagen juga berkesan untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit daripada berlaku.

Collagen dapat memulihkan parut dan garis-garis halus kerana kolagen yang disuntikkan ke dalam kulit yang terluka akan mengaktifkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit.

Kekurangan collagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah. Oleh itu,khasiat yang terkandung di dalam collagen dalam lapisan korium membekalkan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku.

Sememangnya di pasaran luar sana sedang hangat dengan collagen untuk payudara kerana kesan collagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Collagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara sekaligus menghasilkan payudara yang mantap.

Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan collagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang.Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan collagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Collagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru sekaligus mencegah pengumpulan pigmen di dalam kulit dan dapat mencerahkan kulit serta mengurangkan pigmentasi.

Seiring dengan peningkatan usia, kandungan collagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan collagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula collagen yang berkurangan.

Kesan Pengurangan kolagen

Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan collagen di dalam badan.

Secara umumnya, kesan kekurangan collagen adalah:

  • Kulit kusam.
  • Berkedut dan kendur.
  • Pigmentasi kulit .
  • Cepat letih dan lesu.
  • Sakit badan dan sendi .
  • Mudah lupa.
  • Kurang penglihatan.
  • Rambut kerap gugur dan semakin menipis.

Panduan Memilih Collagen Terbaik

  1. Pilih dalam bentuk makanan atau minuman berbanding collagen yang disuntik.
  2. Pilih saiz collagen sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah kerana saiz ini dapat membantu penyerapan yang baik oleh sel dan memberikan kesan yang lebih cepat.
  3. Pastikan collagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
  4. Pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.
  5. Pastikan setiap collagen mempunyai bahan yang merangsang pembentukan seperti Asid Hydraulic kerana ia akan membuatkan kulit lebih tegang.
  6. Pastikan ia selamat dan tidak bertoksin.
  7. Pastikan sumber collagen itu adalah daripada sumber yang halal.

Kredit foto: 2.bp.blogspot.com

<< Ketahui 6 petua menghilangkan pori-pori wajah di sini.

 

 

Previous post

Kebaikan & Keburukan Matahari Pagi Yang Perlu Anda Tahu

Next post

Perlu Cuba! 6 Cara Sekat Ketagihan Makanan Manis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *