5 Rahsia Awet Muda Sehebat Selebriti
Kredit Foto: kasrutimas
Rahsia Awet Muda.Ketahui rahsia awet muda secantik selebriti para selebriti yang sudah menjangkau usia lebih 30an.
Mesti anda perasan, ada orang walaupun usianya sudah meningkat tua, tetapi wajah awet muda! Mesti anda hendak mengetahui apakah rahsia di sebalik wajahnya yang sentiasa awet muda cantik berseri itu.Wanita masa kini cukup mengambil berat tentang penjagaan penampilan diri, dan WOM.my juga ingin mendedahkan rahsia wajah awet muda secara semulajadi khas untuk anda.
Berikut beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk merawat wajah agar selalu awet muda dan menawan.
1. Tidur secukupnya
– Perlu tidur yang secukupnya agar wajah nampak cantik berseri dan segar sentiasa. Jangan paksa diri anda untuk kurang tidur kerana di sebabkan kurangkan tidur kadang-kadang anda akan naik selera makan dan anda mudah terdedah kepada makan di waktu malam.
Kebanyakkan orang suka makan di waktu malam kerana nak siapkan kerja yang perlu di siapkan sebelum esok hari atau sesetengah orang hendak belajar di waktu malam mereka juga makan agar mata boleh bertahan sehingga selesai belajar. Hal ini boleh menjurus kepada masalah kegemukan.
2. Bilas wajah dengan air bersih setiap habis melakukan aktiviti luar
– Muka kita sentiasa terdedah kepada panas matahari dan juga habuk . Maka penting membersihkan wajah anda bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat di wajah dan bagi mengelakkan wajah berminyak.
Baca Juga: Mengatasi Muka Berminyak
3. Gunakan kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda
-Jika muka anda merasai kegatalan atau alergi . Jangan teruskan menggunakan produk itu kerana ianya mungkin ada kandungan kimia terlarang. Kami sarankan anda membeli produk berkualiti dari penjual kosmetik yang sah dan membeli barangan yang original dan di sahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Baca Juga: Kegunaan Krim Collagen
4. Berhati-hatilah dalam melakukan rawatan wajah
– Kami sarankan anda cari dahulu makluamat mengenai perkhidmatan atau produk jika ada sebelum anda menggunakannya. Rujuk testimonial pelanggan jika ada. Jangan bazirkan terlalu banyak duit kepada produk yang tidak mendatangkan faedah kepada anda. Cuba mencari produk yang boleh memberi kesan yang baik dan berkualiti.
Baca Juga: Manfaat Facial Muka
5. Selalu minum air kosong
– Sangat penting untuk badan kita , kerana badan kita perlukan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kerana badan kita perlukan banyak air untuk melakukan proses dalam badan. Kekurangan air salah satunya boleh menyebabkan kekeringan kulit.
Baca Juga: Kebaikan Air Suam
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jelitakan diri anda sekarang!
<< Rahsia Kecantikan Wanita Korea
No Comment