CantikRambut

Cubalah Bergaya Dengan 7 Jenis Sanggul Rambut

sanggul rambut - women online magazine

Kredit foto: cutegirlshairstylesthegameztheconfessionsofaproductjunkiegogreenamericatvcottonandcurls

Sanggul Rambut.Anda bosan dengan fesyen rambut yang sama setiap hari? Tak tahu bagaimana untuk menguruskan rambut yang panjang mengurai?

Fesyen sanggul rambut apa yang sesuai untuk ke tempat kerja, majlis perkahwinan ataupun dinner? Jom cuba fesyen sanggul rambut untuk tampil lebih anggun dan berbeza.

Gaya sanggul rambut banyak digunakan oleh selebriti di Malaysia mahupun luar negera. WOM.my akan memberikan beberapa gambar serta ulasan mengenai trend gaya sanggul rambut cantik  yang boleh anda gayakan. Penampilan anda pasti menjadi semakin elegan dan terserlah dengan salah satu gaya sanggul rambut ini.

1.Side Bun

sanggul rambut - women online magazine 5

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Gaya sanggul rambut ini sangat popular bagi sesiapa yang berambut pendek.
  • Untuk mendapatkan gaya sanggul rambut ini, anda perlu sisirkan rambut anda pada belahan tepi.
  • Ikat kesemua rambut anda pada sebelah bahagian.
  • Kemudian, gulungkan rambut anda seperti sanggul dan kemaskan di bahagian bawah.
  • Jika anda mempunyai rambut yang menutupi dahi, biarkan ia terjurai pada sisi yang sama.

 

2.Messy Back Bun

sanggul rambut - women online magazine (7)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Ini pula gaya sanggul rambut yang mudah untuk digayakan.
  • Kumpulkan kesemua rambut ke belakang seperti mengikat tocang tetapi biarkan ia sedikit longgar di bahagian bawah.
  • Kemudian biarkan rambut di hadapan yang menutupi dahi terurai.

 

3.Low Neck Bun

sanggul rambut - women online magazine (6)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Gaya sanggul rambut ini sangat elegan dan sesuai dipadankan dengan gaun atau dress.
  • Sisir rambut anda dan satukan di bahagian dekat dengan leher.
  • Lilitkan sedikit rambut di bahagian belakang ke arah sisi kiri dan buatlah sanggul kecil.
  • Ikat rambut di tengah dan biarkan ia memanjang dari pertengahan ke bawah.
  • Kemaskan lebihan rambut menggunakan aksesori rambut yang cantik.

 

Baca Juga: Tips Sebelum Potong Rambut

 

4.Braided Side Bun

sanggul rambut - women online magazine (4)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Gaya sanggul rambut ini anda boleh buat dalam masa yang singkat sahaja.
  • Kumpulkan semua rambut anda pada sebelah sisi dan ikat tocang di bahagian belakang.
  • Setelah ikat, gulungkan rambut anda seperti membuat sanggul dan ikat sanggul tersebut dekat dengan leher anda.

 

5.Top Knot

sanggul rambut - women online magazine (3)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Gaya ini sangat sesuai digayakan di negara kita yang agak panas.
  • Sisir rambut dengan rapi dan kumpulkan di bahagian atas.
  • Gulungkan semua rambut hingga menjadi sanggul yang ketat dan ikat menggunakan pengikat rambut.

 

Baca Juga: Cara Merawat Rambut Keriting 

 

6.Waterfall French Braid Bun

sanggul rambut - women online magazine (1)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Tocang air terjun ini sangat popular. Anda akan kelihatan sangat kemas apabila sanggul dirapikan dengan tocang.

 

7.Sanggul romantis bertingkat

sanggul rambut - women online magazine (2)

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

  • Sangat manis digayakan tatkala menghadiri majlis perkahwinan teman rapat. Bukan nak curi limelight pengantin, hanya untuk tampil kemas disaat meraikan hari bahagia raja sehari.

 

Tips Sanggul Rambut 

Menyanggul rambut sebenarnya tidak harus dilakukan oleh orang yang profesional. Untuk sanggul rambut yang sederhana, ikuti tips sanggul rambut ini.

  • Kenalpasti Bentuk Wajah

Kenalpasti bentuk wajah anda, kemudian kenali juga sanggul rambut yang sesuai dengan bentuk wajah anda supaya kelihatan lebih sempurna.

  • Rambut tidak basah

Seaiknya rambut tidak basah supaya ianya mudah dirapi. Jika rambut anda basah, sebaiknya letakkan hairspray terlebih dahulu atau minyak rambut.

Baca Juga: Cara Merawat Rambut Bercabang

  • Gunakan Sisir Rambut Bergigi Besar

Sisir rambut menggunakan sisir bergigi besar adalah lebih mudah daripada menggunakan sisir rambut bergigi halus. Ia juga tidak akan merosakkan rambut.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Adakah anda mempunyai masalah kelemumur? Ketahui punca kelemumur sebelum berusaha mengatasinya di sini..

Previous post

5 Tips Pilih Mekap Pengantin Agar Wajah Anda Nampak Lebih Berseri

Next post

Mesti Cuba! Kurus Dengan Khasiat Limau Nipis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *