CantikDietSihat

“Susahnya Saya Nak Kurus!”

saya nak kurus - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Jika mahu kembali langsing, cubalah anda kaji semula apakah punca menyebabkan anda gagal kurus. Katakan saya nak kurus..

Biarpun pada awaknya anda sukses menurunkan beberapa kilogram, namun berat tubuh anda kembali naik.. Anda sudah cuba dan berusaha sedaya upaya untuk menurunkannya, tetapi tetap gagal.

Akhirnya tanpa anda sedari, anda melampiaskan perasaan geram tersebut dengan pengambilan makanan yang jauh lebih banyak. Hasilnya, badan anda bukan kembali langsing. Sebaliknya tambah menggemuk!

“Susahnya Saya Nak Kurus! Kenapa boleh jadi macam nie?”

Jika anda sudah berusaha menurunkan berat badan, namun tetap gagal ini bermakna ada yang salah dalam diet anda. Ada dua perkara yang biasanya menyebabkan berat badan seseorang itu tidak turun-turun juga.

Pertama, disebabkan oleh Diet Yang Berlebihan

Menurut kajiselidik daripada Lembaga Kesihatan Nasional Amerika, menunjukkan 91 peratus pesakit diet gagal menurunkan berat badannya.  Ia terjadi kerana penerapan pola diet yang salah. Diet sebenarnya adalah suatu peraturan tentang soal pemakanan yang boleh dimakan dan tidak boleh serta turut melibatkan soal makanan sihat dan tidak sihat. Tentang yang baik dan jahat.

Kebanyakan yang gagal, menerapkan diet dengan ‘mengikat’ perut untuk  tidak makan serta menghilangkan waktu makan tertentu. Misalnya, mengabaikan makan tengahari ataupun malam. Dalam diet sihat, sekalipun anda memegang prinsip ,”Saya Nak Kurus’, namun anda tetap perlu makan tiga kali dalam sehari. Cuma apa yang perlu anda pertimbangkan, apakah jenis makanan yang akan anda makan?

Orang yang mengamalkan diet ketat atau secara berlebihan, akan mengalami masalah apabila ‘terlepas’  daripada diet. Biasanya berat badan anda akan jadi bertambah-tambah kerana melampiaskannya pada makanan. Pada akhirnya nanti anda akan beranggapan bahawa menurunkan berat badan sangat sukar dan anda mulalah akan berputus asa.

Penyebab kedua adalah ‘Emotional Eating’ iaitu makan pada saat sedang emosi.  Anda perlu mengawal diri serta menguatkan pola pemikiran anda sepanjang tempoh diet. Ramai yang melampiaskan pada makanan ketika berasa bosan, marah, kecewa dan sebagainya.

Secara tak sedar, anda berfikir seolah-olah makanan tersebut memberikan anda perasaan sedang hati. Akibatnya, anda akan terbiasa melakukannya walaupun pada saat tubuh anda kenyang.  Apa yang terfikir di benak fikiran anda hanyalah makan, makan  dan makan!

Bagaimana mahu menukarkan “Susahnya Saya Nak Kurus” Kepada “Senangnya Saya Nak Kurus”?

1. Motivasi

Cuba tanamkan motivasi yang kuat dan tepat dalam diri sepanjang anda menjalani tempoh dietl Mulakan dengan perkara-perkara yang sederhana. Contohnya, “Saya Ingin Jadi Lebih Sihat”. “Kegemukkan Hanya Akan Mengundang Penyakit”. Cubalah anda tanam kesedaran ini dalam diri anda. Selain itu, anda juga boleh memotivasikan diri anda dengan menanam keinginan anda.

Jika anda berhasrat untuk kembali mendapatkan baju berukuran saiz M, tak ada salahnya jika anda siap-siap membeli baju saiz M. Gantunglah baju tersebut di tempat yang mudah anda lihat, dan cuba banyangkan betapa indah dan cantiknya anda apabila dapat kembali mengayakan baju tersebut. Tetapkan target anda namun jangan terlalu lama.

2. Utamakan Kesihatan Tubuh Badan

Biarpun anda mahu kembali kurus, namun anda tetap perlu mengutamakan kesihatan diri anda. Sekalipun berdiet, anda tetap perlu makan tiga kali sehari. Jangan sekali-kali cuba menghapuskan salah satu waktu makan yang telah ditetapkan itu. Jangan biarkan perut anda kelaparan serta tubuh tidak bermaya. Biarkan perut anda berada dalam keadaan yang neutral, tidak lapar dan tidak juga terlalu kenyang.

3. Kenali Kehendak Tubuh.

Betul-betul Kelaparan (Starving) – Gejala utamanya kepenantan fizikal seperti pening dan hendak pitam atau lemah tidak bermaya.

Begitu Lapar Sekali (Extremely Hungray) – Gejalanya, anda menjadi kurang fokus dan cepat marah.

Sangat Lapar (Very Hungry) – Perut sudah mula ‘berlagu keroncong’ serta didorong perasaan ingin menikmati makanan yang sangat kuat.

Lapar (Hungry) Tubuh mula memberikan signal lapar, anda mula memikirkan soal makanan.

Neutral – Tidak lapar, tidak juga kenyang. Tubuh cukup ‘cool’ untuk bergerak.

Selesa (Comfortable) –  Berasa ok dan sudah cukup untuk makan.

Perut dah penuh!(Full) – Lebih daripada mencukupi. Tubuh mengatakan “sudah-sudahlah’, tetapi fikiran pula mengatakan “jamahlah sikit lah…”

Jadi cuba dengarkan serta kenali kehendak perut dan tubuh anda. Mulalah menikmati makanan apabila ada sudah berada di tahap LAPAR dan berhentilah pada posisi SELESA, bagi mempertahankan berat badan anda.

kredit foto kepada getnside

<< Jom ketahui 12 teknik cara bagaimana nak bakar kalori tanpa bersusah payah di sini..

Previous post

Jaga Kesihatan Diri Agar Tidak Mudah Jatuh Sakit

Next post

Resepi Lasagna

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *