CantikKulit

Serum Vitamin C Mampu Meremajakan Kulit Anda

serum vitamin C - women online magazine

Vitamin C hadir dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk kapsul atau tablet dan suntikan.

Fungsi Vitamin C yang sememangnya anda tahu adalah sebagai bahan untuk antioksidan dan juga mencantikkan kulit. Dalam dunia kecantikan,serum merupakan bahan cecair yang memerlukan penggunaannya disapukan secara langsung ke permukaan kulit.

Bahan dasar serum biasanya air dan emulsi iaitu air dalam minyak atau minyak dalam air dan ditambah juga dengan bahan-bahan tambahan lain, misalnya Vitamin C atau E sehingga dapat meresap ke dalam kulit ketika disapukan pada kulit.

Serum Vitamin C

Serum Vitamin C paling banyak dipakai oleh golongan wanita kerana cara pemakaiannya yang mudah. Serum ini berfungsi sebagai melambatkan proses penuaan daripada berlaku. Selain itu, serum Vitamin C juga sangat bagus untuk kulit kerana ia dapat mengatasi masalah kulit kusam dan juga masalah kulit yang lain.

Malah, serum Vitamin C ini juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan penggunaan kadar serum yang rendah untuk mencegah kemudaratan berlaku pada kulit. Kebiasaannya, penggunaan serum Vitamin C untuk kecantikan kulit digunakan pada kadar 15% manakala untuk perubatan ia digunakan pada kadar 20%.

Serum Vitamin C Sesuai Digunakan Pada Usia:

Serum vitamin C disarankan untuk digunakan pada golongan yang berusia 23-70 tahun kerana sinaran UV, dan pengaruh radikal bebas cukup tinggi pada usia tersebut.

Manfaat Serum Vitamin C

 

Cara Pemakaian Serum Vitamin

1. Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan pembersih muka agar proses penyerapan serum lebih efektif dan cepat.

2. Titiskan serum Vitamin C 3 – 4 titis ke jari telunjuk ataupun telapak tangan. Kemudian usapkan keseluruh permukaan kulit wajah anda terutamanya di kawasan-kawasan penuaan seperti di sekitar mata Pastikan anda juga menyapukan serum tersebut di leher anda.

3. Hindari serum Vitamin C tersebut daripada terkena bulu mata atau alis.

4. Gunakan serum Vitamin C siang dan malam untuk hasil terbaik.

Kredit foto: clearskinminerals

<< Ketahui apa akan jadi pada kulit wajah anda jika tidak memakai pelembab muka di sini.

Previous post

8 Idea Kreatif 'Souvenir’ Perkahwinan Anda

Next post

Minum Air & Raikan Kehidupan Bebas Tekanan Dengan Spritzer

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *