Solusi Terbaik Masalah Jerawat
Kredit : photobucket
Anda Ada Masalah Jerawat? Jika ‘ya’ dan anda memiliki jenis kulit yang mudah mengalami jerawat, jadi anda perlu melakukan usaha yang lebih padu untuk membersihkan muka pada setiap hari.
Tahukah anda setiap jerawat yang tumbuh di wajah, ada penyebab dan cara untuk mengatasinya? Jom semak penyebab utama masalah jerawat yang sangat menganggu anda ini.
1. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Hidung
Penyebabnya anda kerap diserang gejala ‘dispepsia’ dan sistem penghadaman tubuh anda sedang sakit.Cara terbaik untuk menyembuhkannya, hindari makanan dan minuman sejuk.
2. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Atas Tulang Hidung
Penyebabnya ada kaitan dengan rahim atau sistem peranakan. Cara untuk menyembuhkannya, hindari melakukan diet yang ketat dan kerap-keraplah berjalan-jalan menghirup udara segar.
3. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Dahi
Penyebab utamanya adalah kerana anda selalu stress, suka marah-marah sehingga menyebabkan jantung dan peredaran darah menjadi tidak lancar.Cara untuk menyembuhkannya, bangun pagi, elakkan tidur lewat malam serta perbanyakkan minum air putih.
4. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Pipi Kanan
Besar kemungkinan sistem paru-paru anda bermasalah. Cara untuk menyembuhkannya, jaga kesihatan saluran pernafasan, hindari makan makanan yangmasam, seafood dan makanan yang mudah memberikan anda alergi.
5. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Pipi Kiri
Penyebabnya, sistem buah pinggang anda bermasalah. Cara untuk menyembuhkannya, dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Pastikan juga mood anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, buka pendingin udara jika kepanasan dan jangan biarkan tubuh anda kepanasan dan terlalu berpeluh.
6. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Dagu
Penyebabnya ada gangguan ‘endocrine’. Cara untuk menyembuhkannya, anda perlu kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk.
7. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Sekitar Bibir
Sembelit menyebabkan penggumpulan racun dalam tubuh atau pengaruh daripada penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluoride-nya berlebihan. Cara untuk menyembuhkannya, makan makanan berserat seperti satur dan buah.
8. Jika Jerawat Anda Tumbuh Di Tepi Mata
Disebabkan kerana makanan yang diambil mengandungi terlalu banyak bahan kimia, sehingga terjadi ‘obstruksi’ kandungan hempedu. Cara untuk menyembuhkan segera mensterilkan dalam tubuh anda.
<< Ketahui lagi cara mengatasi masalah muka berjerawat di sini
No Comment