Mesti Baca: 11 Tanda Awal Kehamilan
Terlambat datang haid ataupun ‘period' bukanlah satu-satunya tanda awal kehamilan. Anda harus ‘alert' ya!
Malahan, pada ketika anda menganggap diri anda masih ‘period' sekalipun, bukan bermakna pada ketika itu anda tidak hamil atau mengandung. Sebenarnya, apakah tanda awal yang menunjukkan anda benar-benar mengandung?
Setelah ‘pembuahan' terjadi, tubuh anda akan mengeluarkan sejumlah hormon kehamilan. Hormon-hormon inilah yang akan bertanggungjawab kepada bebrapa perubahan keadaan fizikal anda.
Ketahui beberapa tanda awal kehamilan. Antaranya:
Secara tiba-tiba sahaja payudara anda akan jadi membesar, membengkak dan terasa amat sakit apabila disentuh. Bahkan, pemakaian bra atau coli merupakan satu seksaan buat anda. Selain itu, warna areola juga menjadi lebih gelap daripada kebiasaannya.
2. Rasa Loya & Muntah (Morning Sicknes)
Hampir 50% wanita yang mengalami tanda awal kehamilan memiliki tanda sebegini.Setiap pagi, anda akan bangun dengan perut mual dan perasaan ingin muntah. Adakalanya perasaan loya, mual dan rasa ingin muntah itu berlanjutan sepanjang hari. Peningkatan hormon Human Chorionic Gonadotrophin akan mengakibatkan efek pedih pada lapisan perut dan menimbulkan rasa mual. Namun, ada jugayang mengalami rasa tersebut pada malam hari, terutama apabila anda mencium aroma yang tidak disenangi.
Sebelum ini, anda sanggup mengemas rumah, menyiram pokok bunga ataupun melakukan sesuatu yang anda sukai bagi mengisi masa lapang, namun sekarang anda sudah tidak sanggup. Terasa seperti ingin berbaring sahaja sepanjang hari kerana badan terasa amat penat sekali.
Selain perubahan hormon ketika hamil, ia juga disebabkan oleh gerak kerja dari beberapa organ vital seperti ginjal, jantung, paru-paru yang semakin bertambah. Organ-organ vital bukan hanya bekerja bagi memenuhi keperluaan anda sahaja, namun untuk pertumbuhan dan perkembangan janin.
4. Kerap Sakit Kepala & Mahu Pitam
Tiba-tiba sahaja anda kerap diserang sakit kepala. Anda juga mungkin akan terasa tubuh seperti ingin ‘melayang' dan seperti mahu pitam ataupun pengsan. Gejala sakit kepala dan hendak pitam yang sering dirasakan itu disebabkan oleh faktor fizikal: rasa penat, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, peningkatan pengaliran darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan anda menjadi lebih kerap diserang sakit kepala.
5. Kerap Membuang Air Kecil & Sembelit
Tidur malam anda sering terganggu kerana anda selalu terbangun untuk pergi ke tandas. Bahkan, sembelit juga akan menyerang anda. Beberapa helai pakaian termasuk jeans kesukaan anda, kini tiba-tiba terasa sempit terutama di bahagian perut.
Biasanya setelah ‘period' anda terlambat satu hingga dua minggu, keinginan untuk membuang air kecil akan menjadi lebih kerap daripada kebiasannya. Ini disebabkan janin yang tumbuh di raham akan menekan kandungan air kencing. Akibatnya, terjadi peningkatan dalam peredaran darah. Selain itu kandungan kencing lebih cepat dipenuhi ‘urine' dan keinginan untuk membuang air kecil menjadi lebih kerap.
Sembelit juga terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Selain mengendurkan otot-otot rahim, ia turut memberikan efek kepada otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah membuang air besar.
Selama ini anda mungkin tidak mempunyai masalah sakit pinggang, namun sekarang di bahagian bawah pinggang terasa sangat sengal. Jika betul anda mengandung, masalah ini akan anda alami sehingga anda selamat melahirkan nanti.
7. Perut Kembung & Buncit
Perut terasa seperti kembung dan kram, gejala yang baisa anda rasakan ketika menjelang ‘period'. Pada mulanya anda mungkin akan menganggapnya sebagai salah satu daripada gejala PMS yang menyerang anda pada setiap bulan. Selain itu, anda juga dapat merasakan perut anda semakin membuncit!
Tanpa sebarang alasan yang jelas, anda suka marah-marah atau naik angin dengan pasangan. Ada ketikanya anda akan menangis tanpa sebab. Perasaan anda sememangnya akan jadi turun naik seperti ‘rollercoaster'.
9 .Mengidam Atau Menolak Makanan Tertentu
Tanpa alasan yang jelas, tiba-tiba sahaja anda teringin untuk menjamah makanan tertentu yang sebelum ini mungkin bukanlah makanan kegemaran anda. Atau sebaliknya, anda tiba-tiba menjadi tidak suka dengan makanan yang selama ini anda sukai.
Ada di antara anda akan mengalami maslah sensitif pada bau. Anda tidak tahan pada segala macam bau, terutama aroma makanan tertentu. Disebabkan tidak tahan dengan bau yang anda anggap cukup memualkan, anda mungkin akan muntah!
Biasanya suhu tubuh anda pada pagi hari ketika bangun dan tidur dan sebelum melakukan sebarang aktiviti, sekitar 35,5 hingga 36 darjah Celcius. Namun ia meningkat menjadi 37 hingga 38 darjah Celcius, ketika anda subur selama dua atau tiga hari.
Kredit foto: telegraph
<< Ketahui 8 faktor keguguran, semak di sini.
No Comment