Ketahui Cara Paling ‘Simple’ Mengatasi Masalah Muka Kering
Kredit : kulitputihdansehatglucogen
Cuba Lihat Wajah Anda Di Cermin, Nampak Kering? Ketahui cara semulajadi yang berkesan untuk mengatasinya di sini.
Kulit wajah boleh mengalami pelbagai masalah jika tidak diberikan penjagaan yang sempurna. Salah satunya ialah kulit menjadi kering.Ada banyak cara untuk mengatasi kulit kering dan cara semulajadi merupakan cara yang paling tepat dan selamat untuk dilakukan.
Berikut beberapa cara semulajadi yang cukup mudah boleh anda praktik bagi mengatasi masalah muka kering.
- Pengambilan Air Putih Yang Secukupnya
90% dalam tubuh manusia adalah air dan air juga sangat diperlukan untuk kesihatan kulit. Masalah kulit kering juga boleh disebabkan kekurangan kemasukan air di dalam tubuh. Dengan pengambilan air putih sebanyak lapan gelas sehari mampu mengatasi kulit kering.
Aktiviti bersenam secara runtin memberikan manfaat yang sangat baik untuk kulit.Dengan bersenam ia akan menghilangkan sel-sel kulit mati serta kotorannya.
- Makan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Pengambilan makanan juga turut mempengaruhi kesihatan kulit. Untuk itu perbanyakkanlah pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan sebagai nutrisi bagi kulit.Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat memabntu untuk mencepatkan proses regenerasi kulit serta sebagai anti oksidan dalam tubuh.
Info Ekstra!
Anda yang punya masalah muka kering memang wajib memakai pelembab muka. Tetapi, pastikan anda memilih pelembab yang sesuai dengan kulit wajah anda. Kesalahan dalam memilih pelembab khusus untuk muka kering dan kusam sangat berisiko kerana kulit yang kering biasanya mempunyai tahap sensitif yang tinggi dan mudah terkena kesan sampingan.
<< Ketahui cara paling mudah untuk merawat kulit muka di sini.
No Comment