4 Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Di Muka
Kredit Foto : sveikaruta
Hilangkan Bintik Hitam.Masih mencari cara atau petua yang berkesan untuk hilangkan bintik hitam di wajah? Jom, cuba cara yang disediakan oleh WOM.my ini.
Kemunculan bintik-bintik hitam pasti akan menganggu penampilan wajah anda yang seharusnya bersih dan mulus.Bintik-bintik hitam ini biasanya banyak terdapat di bahagian hidung. Ia terjadi akibat pengeluaran minyak pada kulit serta kotoran daripada debu.
Baca Juga: Kebaikan Pakai Serum Wajah
Kotoran tersebut membuatkan bintik-bintik hitam melekat di hidung.Terdapat dua jenis bintik-bintik di wajah iaitu bintik hitam dan bintik putih. Untuk menghilangkan bintik-bintik tersebut ramai yang memilih untuk memicitnya. Tetapi cara tersebut hanya akan membuatkan pori-pori wajah menjadi lebih besar.
Terdapat pelbagai cara untuk hilangkan bintik hitam ini. Namun, cara yang paling baik adalah menggunakan bahan semulajadi.
4 Cara Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Di Muka
Selain bermanfaat untuk kesihatan, buah betik juga bagus untuk kecantikan. Selain mampu hilangkan bintik hitam, buah betik juga boleh memutihkan wajah dan menghaluskannya.
Ambil dua potong betik masak, kisar hingga halus. Tambahkan susu dan madu, kemudian sapukan merata pada seluruh wajah atau pada bahagian yang ada bintik hitam. Biarkan sehingga kering, setelah itu bilas sampai bersih.
Baca Juga: Khasiat Royal Jelly
- Kacang Soya
Kandungan vitamin pada kacang soya ternyata cukup baik untuk kulit. Cara membuatnya cukup mudah, ambil beberapa biji kacang soya, kisarkan sampai halus. Sapukan pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.
Ambil sebiji telur, pisahkan kuning dan putih telurnya. Sapukan putih telur pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Kemudian bilaslah sehingga bersih dan lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
Lemon banyak mengandungi vitamin C yang boleh membantu menghapuskan bintik hitam.Caranya sangat senang, ambil sebiji lemon, belah menjadi dua dan tenyeh lembut kepada bahagian yang terdapat bintik hitam. Lakukan cara ini secara rutin, dalam beberapa hari anda akan lihat bintik-bintik hitam tersebut kian menghilang.
Info Ekstra
Selain itu, anda juga boleh menggunakan ais batu untuk hilangkan bintik hitam. Paling penting, anda meti rajin memebrsihkan wajah serta banyak meminum air putih untuk membantu mencegah timbulkan bintik-bintik hitam. Elakkan memicit bintik-bintik hitam kerana ia membuatkan ia tumbuh lebih banyak.
Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui cara mengatasi masalah tidur berdengkur di sini.
No Comment