Ingin Kekal Cantik? Lakukan Perkara Ini Sebelum Anda Tidur
Kredit : rahspa
Waktu sebelum tidur merupakan salah satu saat di mana ramai di antara kita yang berasa malas untuk melakukan apa sahaja aktiviti, walaupun sekadar membasuh muka!Namun, untuk menjaga kesihatan kulit agar kekal cantik dan sihat, sebaiknya anda merawat wajah anda sebelum tidur.
Berikut beberapa tips kecantikan sebelum tidur yang boleh anda lakukan agar di keesokan pagi anda akan kelihatan lebih segar dan cantik.
- Bersihkan Kesan Mekap
Bersihkan semua kesan mekap yang melekat di wajah sebelum anda tidur. Tips kecantikan sebelum tidur ini wajar anda lakukan kerana membersihkan wajah daripada kesan mekap membuatkan pori-pori kulit menjadi bersih dan bebas dari kotoran yang menyumbatnya.
- Minum Jus Buah-buahan Sebelum Tidur
Tips kecantikan sebelum tidur ini juga tidak kurang pentingnya untuk menjaga kesihatan tubuh dan kulit anda. Jenis buah-buahan yang baik untuk anda ambil adalah epal, oren,betik, strawberi dan avocado. Minum salah satu jus buah-buahan tersebut sejam sebelum anda tidur, sehingga pada ketika anda bangun tidur nanti badan akan terasa lebih segar dan sihat.
- Pakai Losyen
Setelah anda mandi, sebaiknya anda melakukan perawatan tubuh dengan menggunakan losyen. Ia bertujuan supaya kulit tubuh terjaga kelembapannya setelah seharian beraktiviti dan terkena sinaran matahari. Malam hari adalah waktu yang tepat untuk memakai losyen badan atau krim tangan kerana pada malam hari tubuh dapat memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan menjadikan kulit tangan dan kuku tetap lembab sehingga kuku dapat tumbuh lebih kuat, sihat dan tidak mudah menggelupas.
Memakai krim mata pada malam hari sangat penting.Sebaiknya ketika anda masih berumur 20-an lagi anda telah mempraktik memakainya. Untuk merawar mata, anda boleh juga meletakkan hirisan timun pada kedua belah mata sebelum tidur. Ia mampu mengembalikan kesegaran mata yang penat akibat aktiviti sehari-hari, mencegah terbentuknya lingkaran hitam bawah mata dan mencegah timbulnya garis-garis halus di sekitar mata. Biarkan diamkan selama 15 minit, lakukan cara ini pada ketika anda mahu tidur.
- Pakai Krim Malam
Tips kecantikan sebelum tidur yang seterusnya ialah dengan memakai krim malam.Penggunaan krim malam sangat digalakan. Penggunaan krim malam ini dapat menjaga kulit wajah anda agar tidak kering, tetap kenyal dan anjal. Hasilnya kulit wajah akan nampak lebih sihat dan awet muda.
<< Ketahui produk pemutih kulit yang berkesan dan selamat di sini.
No Comment