Tips Mekap Mata Agar Nampak Lebih Awet Muda
Foto: totalskincareii
Memakai mekap sudah merupakan trend masa kini. Selain untuk menampilkan wajah yang lebih cantik, mekap juga berguna untuk menutupi kekurangan atau noda di wajah.
Kedutan yang kelihatan di wajah akan membuatkan anda nampak tua.Lingkaran hitam di bawah mata juga akan membuatkan anda kelihatan tua kerana ia membuatkan wajah anda seperti turut dan menimbukan kedutan di pipi. Masalah bentuk mata dan tanda-tanda penuaan tersebut boleh diatasi dengan cara mekap mata yang betul dan cukup mudah untuk anda praktik. Anda pasti kelihatan lebih segar dan tampak awet muda.
- Jika Kelopak Mata Menurun
Beri bayangan pada sudut mata bahagian luar dengan eyeshadow, Misalnya berwarna oren atau coklat, tarik di bahagian hujung luar mata sedikit ke atas.
- Jika Sudut Mata Menurun
Berikan eyeliner nipis di garisan kelopak mata bahagian atas dengan sudut luar ditarik ke atas. Ia akan membantu ‘mengangkat'sudut mata yang menurun.
- Jika Lingkaran Hitam Mata Kelihatan
Gunakan concealer satu nada lebih terang daripada kulit anda pada bahagian lekukan di sekitar hidung. Ia akan membuatkan lingkaran hitam mata tersebut dapat disamarkan.
- Jika Kedutan Halus Jelas Kelihatan
Hindari eyeshadow dengan efek glitter atau shimmer kerana ia akan memperjelaskan lagi kedutan-keduatan halus yang muncul di sudut mata atau kening. Agar mata lebih bersinar, jangan lupa pakai maskara, sebaiknya pilih warna hitam.
- Jika Jarak Mata Berdekatan
Konsentrasikan eyeshadow putih atau off white di kawasan sudut mata bahagian dalam, dan beri efek gelap pada sudut mata bahagian luar. Sebaliknya, jika kedudukan mata agak berjauhan, bubuhkan eyeshadow warna gelap di sudut mata dan warna terang (putih/off white) di sudut mata bahagian luar.
- Jika Tulang Mata Menonjol
Sapukan eyeshadow warna gelap (misalnya coklat tua) pada garis soket (lekukan pada kelopak mata) sedangkan kelopak mata telah sapu dengan warna lebih muda (misalnya coklat muda). Tulang mata yang menonjol itu akan dapat disamarkan.
<< Ketahui gaya solekan untuk anda yang berkulit hitam manis di sini.
No Comment