CantikKulit

Nak Cantik, Kena Cuba! Tips Memutihkan Kulit Tubuh

Memutihkan Kulit Tubuh - woman online magazine

Kredit : beautyholicsanonymous

Memutihkan Kulit Tubuh.Anda tentunya ingin tahu cara untuk membuatkan kulit tubuh anda secara keseluruhannya,bukan setakat kulit muka!

Berikut beberapa tips yang perlu anda tahu untuk mempercantikan sekaligus memutihkan kulit tubuh.

 

  1. Kena Rajin Cuci Muka

Selepas memakai mekap anda perlu mencuci muka anda sebersih-bersihnya. Begitu juga sebelum anda masuk tidur kerana ia merupakan salah satu cara terbaik untuk membuatkan muka anda kelihatan sihat dan bersih. Segala noda dan kotoran yang melekat di wajah akan hilang dan bersih.Wajah akan kelihatan lebih putih dengan sendirinya apabila pori-pori kulit anda bersih.

 

  1. Kena Banyak Minum Masak

Air masak cukup bermanfaat bagi tubuh dan juga kulit. Jadi, anda perlu minum air masak atau air putih secukupnya agar kulit nampak segar dan menjadi lebih cerah.

 

  1. Makan Sayur-Sayuran Hijau

Pengambilan sayur-sayuran hijau sama bagusnya apabila anda makan buah-buahan. Menu makanan yang sihat tentu sahaja akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih segar sehingga kulitpun kelihatan cerah dan sihat.

 

  1. Khasiat Madu Dan Lemon

Madu mempunyai memiliki banyak nutrisi begitu juga dengan lemon. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memutihkan kulit tubuh adalah dengan mencampurkan perahan lemon dan madu, kemudian sapukan pada kulit tubuh atau wajah. Biarkan selama 20 minit. Jika dilakukan secara rutin, perubahan akan nampak sehingga kulit anda pun akan terasa lembut dan putih.

 

  1. Menggunakan Putih Telur

Pisahkan kuning telur dan putih telur.Gunakan bahagian putih telur dan sapukan pada kulit secara merata. Setelah kering bilas dengan air. Lakukan secara rutin, anda pasti akan melihatkan perubahannya.

<< Ketahui jenis-jenis vitamin untuk kulit kering di sini.

 

 

 

Previous post

Tampil Cantik Bak Puteri Dengan Tudung Terkini Prinsipessa

Next post

Ada Banyak Rupanya Khasiat Jering!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *