Tips Penjagaan Muka Guna Bahan-Bahan Semulajadi
Foto: Sekadar Hiasan
Tips Penjagaan Muka. Siapa yang tak nak kulit muka nampak putih berseri-seri, kan? Untuk memilikinya ada yang perlu anda lakukan!
Tips penjagaan muka yang harus anda praktik ini tidak mudah, tetapi tidak juga terlalu payah. Apatah lagi, tips penjagaan muka yang disarankan ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi . Penggunaan bahan-bahan semulajadi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Selain menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi, blueberry, aprikot, epal, lemon dan sebagainya sebagai masker yang anda boleh membuatnya sendiri di rumah, anda boleh cuba teknik steam wajah.
Baca Juga: Mengatasi Lebam Bawah Mata
Di samping itu cuba kenali jenis kulit wajah anda. Untuk kulit kering, anda dinasihatkan jangan terlalu kerap mencuci muka dengan air suam kerana ia akan membuatkan kulit anda jadi bertambah kering. Namun, untuk kulit berminyak, anda memang digalakkan menggunakan air suam untuk mencuci muka.
Untuk kulit kering juga, anda digalakan memakai masker minimum seminggu sekali. Gunakan juga toner dan milk cleanser, tetapi untuk yang berminyak usahakan tidak menggunakannya.
Steam Wajah
Melakukan steam wajah ini tidak semestinya dilakukan di salon kecantikan sahaja. Anda masih boleh melakukannya sendiri, caranya juga sangat mudah. Tips penjagaan muka menggunakan teknik steam ini sebenarnya sudah dilakukan oleh ramai wanita pada zaman dahulu. Caranya, didihkan air dan masukkkan hirisan lemon, tomato ataupun mentimun. Kemudian dekatkan wajah anda ke air panas tersebut. Lakukannya selama 10-20 minit secara teratur pada setiap minggu.
Steam wajah berupaya membantu untuk menghindari pori-pori tersumbat dan membersihkan kulit anda daripada sebarang kekotoran seperti debu. Steam juga membantu anda menghindari masalah kulit kusam serta berjerawat yang disebabkan oleh sisa-sisa mekap dan sebagainya.
Khasiat Kunyit Hidup
Tahukah anda bahawa kunyit mempunyai banyak khasiat utuk memutihkan kulit, samada kulit tubuh mahupun kulit wajah. Bagi anda yang ingin memutihkan kulit wajah dengan bahan semulajadi, bolehlah gunakan kunyit.
Kulit wajah anda bukan setakat cerah dan putih, bahkan juga bersinar-sinar. Campurkan satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan ssetengah sudu makan madu. Baurkan adunan tersebut hingga sebati sehinga membentuk adunan seperti pasta. Kemudian aplikasikan pada wajah secara merata, biarkan selama 10 minit dan bilaslah sehingga bersih.
Baca Juga: Khasiat Kunyit
Rawat Kulit Wajah Sebelum TIdur
Mungkin ramai yang tidak tahu, malam hari adalah waktu yang tepat bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda)
Proses regenerasi kulit akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta terhindar daripada kerutan serta garis-garis penuaan. Jadi sebab itulah betapa pentingnya menjaga kebersihan mula sebelum tidur agar kulit wajah dapat bernafas dan tidak menghalangi kulit wajah untuk berregenerasi.
Selain itu juga ada beberapa perkara yang dilakukan secara rutin boleh bermanfaat bagi kulit anda:
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotaran yang melekat di wajah. Cara yang paling mudah, gunakan ‘make-up remover’.
Jika mahu menggunakan bahan semulajadi, boleh juga anda gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa-sisa mekap itu hilang.
2. Jangan Lupa Gunakan Toner
Toner memiliki dua fungsi, sebagai penyegar dan juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak dapat disempurnakan oleh make up remover ataupun pembersih muka.
Baca Juga: Toner Muka
3. Krim Malam
Krim malam sangat berguna untuk merawat dan melembabkan wajah, terutama bagi anda yang mempunyai masalah wajah berjerawat, menghilangkan noda hitdam serta menghilangan kedutan di wajah.
Baca Juga: Mengatasi Kulit Kusam
4. Rutin Minum Air Putih
Minumlah air putih sebanyak lapan gelas sehari kerana ia dapat membuatkan tubuh anda sihat. Selain dapat menyihatkan tubuh, pengambilan air putih juga dapat membuatkan kulit anda segar dan tidak kering.
Usahakan untuk bersenam, paling kurang seminggu sekali. Dengan bersenam anda bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, bahakan kulit akan kelihatan lebih tegang dan memperlambatkan kerutan semulajadi pada kulit.
6. Berkat Air Sembahyang
Bagi anda yang beragama Islam, ada pasti tahu manfaat yang tersembunyi di sebalik kewajipan menunaikan solat. Orang yang rajin menunaikan solat lima waktu dalam sehari, pasti kulit wajahnya akan kelihatan lebih bersinar. Setiapkali mahu bersolat, anda pasti akan membersihkan muka, lima kali dalam sehari sehingga kebersihan kulit wajah akan terjaga dan terhindar daripada masalah-masalah kulit lainnya.
<< Jom Layari juga Rahsia Awet Muda dengan Diet sihat di sini..
No Comment