CantikKulit

Wajib Baca! Tips Memilih Produk Muka Terbaik

Produk Muka Terbaik - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Kalau ditanya tentang kecantikan, pastinya kaum hawa yang mendominasi soal produk-produk muka ini.

Untuk mendapat kulit yang cerah, sebahagian daripada anda akan memilih untuk memakai produk muka yang boleh memutihkan kulit. Tambahan pula, kini terdapat pelbagai jenis produk muka berada di pasaran. Para wanita hanya perlu pilih sahaja produk muka yang mereka gemar dan sesuai dengan bajet mereka.

Sungguhpun boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah, namun anda harus ingat, memilih produk muka bukanlah seperti anda memilih ikan di pasar kerana kalau anda tersalah pilih, anda yang akan merana! Bukan setakat wajah menjadi rosak, bahkan kesihatan anda juga akan terganggu. Jadi, pilihlah produk muka terbaik.

Tips Memilih Produk Muka Terbaik

Tidak semua produk muka bagus untuk wajah. Sayangnya para wanita tidak begitu selektif dalam memilih produk muka tersebut.

Berikut adalah beberapa tips memilih produk muka:

Dengan sedikit ulasan tentang tips memilih produk muka di atas, diharapkan ia berguna supaya anda tidak salah dalam memilih produk – produk kecantikan.

 

Info Ekstra!

Ciri-ciri produk muka yang mengandungi bahan aktif merkuri:

  • Warna kuning air berkilat

Jika anda mencari produk muka yang mempunyai warna yang terang, sebaiknya anda simpan sahaja itu. Hal ini kerana produk muka yang warnanya berkilat seperti mutiara biasanya menggunakan pewarna yang berbahaya atau pewarna tekstil.

  • Tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Produk muka ini biasanya tidak mendapat kelulusan KKM.Jadi, sebelum membeli produk muka, sebaiknya periksa terlebih dahulu kelulusan dari KKM. Jika tidak ada, maka produk muka tersebut tidak terjamin keselamatannya.

  • Bau yang menyengat

Jika anda mencium bau aroma yang menyengat, sebaiknya hentikan niat anda untuk membeli produk muka tersebut kerana biasanya pengeluar sengaja meletakkan aroma minyak wangi pada produk untuk menyembunyikan bau logam yang terdapat pada produk tersebut.

  • Kulit menjadi kemerahan apabila terkena sinar matahari

Biasanya kulit akan tetap mempunyai warna natural apabila terkena matahari hal ini kerana kulit mempunyai perlindungan secara semula jadi. Namun, jika kulit wajah anda kemerahan ketika terkena sinaran matahari, maka kemungkinan lapisan kulit pada wajah anda mengalami kerosakan.

  • Melekat-lekat

Umumnya jika produk muka yang berbahaya akan melekat apabila disapu pada wajah kerana ia dicampur dengan bedak, dan juga akan kasar ketika digunakan.

  • Wajah menjadi pedih ketika memakainya

Jika wajah anda terasa pedih dan panas ketika memakai produk tersebut sebaiknya segera hentikan penggunaannya. Ini adalah kerana biasanya krim yang mengandungi bahan-bahan berbahaya akan menimbulkan kesan negatif pada wajah, seperti rasa terbakar, pedih, merah-merah, dan sebagainya.

Jika bahan merkuri ini sudah meresap ke dalam tubuh, ada kemungkinan anda akan mengalami:

  • Perasaan gugup, cepat marah, perubahan emosi
  • Insomnia
  • Sakit kepala
  • Rasa kebas di tangan, kaki dan sekitar mulut
  • Kejang
  • Otot yang lemah
  • Penurunan fungsi mental
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sesak nafas hingga kegagalan bernafas yang berkesudahan  dengan kematian

 

Kredit foto: dietchange 

<< Dapatkan tips untuk nampak lebih ‘gojes' dan bebas jerawat di sini.

 

Previous post

Anda Tidur Berdengkur? Baca 12 Tips Mengatasinya

Next post

Sahut Cabaran Kotex® #1minselfv & Berpeluang Memenangi Baucar Percutian Dan Membeli-Belah Bernilai RM12,000!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *