Tips Diet Buat Bakal Pengantin Yang Mahu Wajah Berseri Di Hari Perkahwinan
Kredit : tipsofdivorce
Tampil Cantik Dengan Wajah Berseri Di Hari Perkahwinan Tentunya Menjadi Impian Buat Anda Yang Bakal Bergelar Isteri.
Untuk menjadi Ratu Sehari yang memiliki wajah berseri anda perlu menitikberatkan tentang keadaan diri anda. Sekalipun anda begitu penat membuat persiapan untuk hari bahagia anda,namun usahakan agar penampilan anda mampu mengagumkan para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anda itu.
Berikut beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian agar keadaan badan anda tetap fit dan wajah anda tetap nampak berseri di hari bahagia itu nanti.
- Rehat Secukupnya
Dengan istirahat dan tidur yang mencukupi membuatkan badan anda serta stress yang mungkin anda alami terkawal. Wajah anda juga akan kelihatan lebih cerah kerana mata panda tidak akan menghiasi wajah anda sekiranya anda cukup rehat dan cukup tidur!
- Jangan Lupa Bersenam!
Bersenam bukan sahaja akan membuatkan badan anda terasa segar, malahan lebih bersemangat.Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Anda pasti akan kelihatan lebih fit dan segar.
- Jaga Pola Makan Anda
Untuk tampil segar dan cantik berseri di hari perkahwinan anda nanti, anda perlu menjaga pola makan anda. Jangan kerana anda mahu berdiet, anda menghindari pelbagai makanan yang sepatutnya anda nikmati. Ia boleh membuatkan wajah anda nampak kusam dan tubuh badan menjadi lemah.
Info Ekstra!
Tips Diet Buat Bakal Pengantin
Makan ulam-ulaman, buah-buahan serta sayuran lainnya untuk menjaga kesihatan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan membantu tubuh untuk membuang racun-racun yang ada di dalam tubuh serta menjaga tekstur kulit anda.
- Kurangkan Masin!
Garam boleh membuatkan badan lebih mudah terkena dehidrasi dan juga boleh memparahkan lagi selulit di tubuh anda.
- Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak
Makanan tersebut boleh membuatkan badan anda bertambah subur atau boleh membuatkan anda sakit tekak.
- Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis
Anda boleh menggantinya dengan buah-buahan segar atau madu untuk memenuhi pengambilan gula dalam tubuh anda.
Pastikan anda minum air kosong atau air putih untuk menjaga kelembaban kulit anda.
<< Pastikan aura pengantin itu milik anda. Ketahuinya di sini.
No Comment