FamiliPerkahwinan

6 Punca Perempuan Kahwin Lambat

MENGAPA PEREMPUAN KAHWIN LAMBAT - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Foto: Sekadar Hiasan

Kahwin Lambat. Masalah kahwin lambat yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat.

Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Selain itu, adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.

ANTARA SEBAB MENGAPA PEREMPUAN KAWIN LAMBAT ADALAH KERANA:

1. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

Apabila perkara seperti ini berlaku, kesudahannya, si gadis menjadi tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir ,kalau tak dapat kahwin dengan calon pilihan hati adalah lebih baik jika tidak berkawin langsung. Jangan terkejut kerana perkara seperti ini memang berlaku dalam masyarakat kita.

 

2. Hati sudah tawar dan serik hendak bercinta 

Bila sudah putus cinta, mungkin rasa fobia bab-bab bercinta ini. Sudah tidak percaya dan malas hendak menaruhkan harapan dekat mana-mana individu walaupun ada yang sibuk memikat.

Bagi mereka yang pernah putus cinta, tentunya mengerti betapa seksa dan deritanya jiwa raga apabila dikecewakan. Disebabkan terlalu terluka dan kecewa, keinginan untuk bercinta dan jatuh cinta lagi itu mungkin terhalang oleh perasaan takut dan juga dendam.

 

Baca Juga: Cara Mengenali Lelaki Panas Baran

 

3. Gaji Dan Pangkat Lebih Tinggi Daripada Lelaki 

Paras rupa yang menarik, status gaji dan pangkat yang lebih hebat daripada lelaki, biasanya akan membuatkan kebanyakan lelaki takut untuk memikat atau mendampangi wanita sebegini. Bagi pandangan mata lelaki, wanita yang punya status tinggi ini lebih ‘demand’ dan hanya memandang mereka dengan sebelah mata sahaja.

Sebab itu daripada awal, lelaki tidak akan ambil risiko untuk  pergi memikat perempuan yang berkejaya. Bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan.

 

Baca Juga: Lelaki Hot Dambaan Wanita

 

5. Pentingkan kerjaya dari keluarga

Kerjaya juga boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden kini sudah  mampu mengalahkan’ lelaki   dalam melakukan pelbagai kerja.

Mungkin pada pemikiran wanita seperti ini, mereka berniat untuk mengumpulkan duit dahulu buat keluarga. Tapi sayangnya, ramai wanita terlupa bahawa waktu akan terus berlalu dan usia pula akan dimamah waktu!

 

6. Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki

Sebenarnya ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki. Contohnya, sikap mereka yang suka memandang kepada kecantikan wanita itu semata-mata.

Wanita yang kecewa  biasanya menjadi malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Mereka mungkin memerlukan masa untuk mengerti tentang kepentingan sebuah perkahwinan.

 

Baca Juga: Perangai Lelaki

 

Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan.

Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 – 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan mula menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih.

 

<< Jom Ketahui Cara menguruskan belanja kahwin anda di sini..

Previous post

6 Petua Berkesan Halau Cicak

Next post

8 Tips Pilih Jubah Pengantin Yang Tepat Buat Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *