FamiliPerkahwinanSuami Isteri

7 Cara Terbaik Untuk Elak Punca Anda Suami Isteri Bergaduh

Tip Elak Suami Isteri Bergaduh-Women Online Magazine

Kredit Foto: huffingtonpost

Suami Isteri Bergaduh. Sudah menjadi lumrah hidup berumahtangga  suami isteri bergaduh.

Mencari jalan untuk elak pergaduhan suami isteri merupakan usaha yang murni dan baik. Suami isteri haruslah mencari jalan supaya mengelakan dari melakukan sebarang perkara yang memungkinkan akan berlakunya pergaduhan suami dan isteri.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai cara elak pergaduhan suami isteri. Suami isteri yang sering bergaduh akan meninggalkan kesan yang buruk kepada perhubungan suami isteri tersebut dan juga anak-anak.

Cara Elak Suami Isteri Bergaduh adalah:

1. Jangan tinggikan suara semasa pergaduhan

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga pasangan anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Apabila kita mengeluarkan nada suara yang tinggi terhadap pasangan kita, pasti tahap emosi pada masa itu bercelaru dan akan mengeluarkan kata kata kesat terhadap pasangan kita sampai boleh membawa kesan yang buruk. Jadi sebelum anda bertengkar dengan pasangan anda pastikan tidak meninggikan suara dengan lantang.

2. Bertoleransi dan persefahaman dalam setiap perkara

Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut.

Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli Kereta Kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

Baca Juga: 8 Ciri Suami Mithali

3. Dengar luahan perasaan pasangan anda jika ada masalah

Bagi pasangan suami isteri sudah menjadi lumrah bergaduh walaupun sudah berumah tangga. Bak kata pepatah , sedangkan lidah lagi tergigit inikan hidup berumah tangga. Oleh itu, penting suami isteri meluahkan perasaan kepada pasangan anda supaya segala salah faham dapat di selesaikan dengan mudah.

Perkara ini penting kerana dengan mengambil berat antara satu sama lain, hubungan suami isteri akan lebih bahagia. Pastikan anda bertolak ansur antara satu sama lain.

4. Gunakan panggilan manja kepada pasangan

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

Kata kata yang kesat akan membuat pasangan anda terasa terhina selain rendah diri. Berfikirlah secara rasional dan kesannya apabila anda buat begitu. Ibarat kata pepatah sebelum nasi jadi bubur. Kata-kata yang lembut dan romantis pasti akan membuat pasangan anda terharu dan dihargai.

5. Selesaikan setiap pergaduhan dengan pendamaian

Sekiranya anda benar mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Andai kata pasangan anda itu menolak usaha anda kerana dia memang tidak mahu berdamai, itu tidak menjadi isu besar. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk berdamai.

Mungkin pasangan anda memerlukan masa untuk memaafkan kesalahan anda yang telah anda buat. Soal hati dan perasaan tidak boleh di paksa kerana kalau di paksa akan bertambah buruk kesannya. Tidak perlu memaksa kerana jika setiap pasangan itu ada kasih sayang yang utuh, Insya-Allah akan berdamai.

6. Berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga

Akhir sekali, berdoalah untuk rumah tangga bahagia agar anda di permudahkan urusan dalam mengendalikan hidup berumah tangga dan juga di jauhkan dari berlaku perkara yang tidak di ingini berlaku pada anda seperti penceraian dan sebagainya.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakan berlaku pergaduhan ini. Paling penting adalah sikap kita dan mengelakkan dari melakukan perkara yang pasangan kita tidak suka. Sayangilah dan hargailah pasangan anda seperti anda menghargai diri anda sendiri.

Suami isteri yang damai pasti akan di cemburi oleh pasangan luar di sana. Gunakan tip di atas secara praktikal. Segala kebahagian dan keharmonian dalam rumah tangga anda pasti akan tercapai.

Baca Juga: Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

7. Luangkan masa bersama keluarga anda

Hal ini penting untuk anda mengekalkan hubungan suami isteri yang berpanjangan. Jika anda mempunyai anak, anda boleh membawa anak anda bersama-sama anda dan orang tersayang pergi bersiar-siar di taman reakreasi sekali-sekala atau berjalan-jalan di tempat menarik kawasan sekitar anda.

Jika malas untuk keluar berjalan-jalan, luangkan masa yang berkualiti bersama dengan suami atau isteri anda dengan menonton cerita bersama-sama dan lain-lain lagi.

Itu sahaja perkongsian dari kami di Women online Magazine. Teruskan menyokong kami dengan kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Dapatkan tips melayan suami anda di sini..

Previous post

Kenali 4 Punca Keputihan

Next post

6 Cara Mudah Melentikkan Bulu Mata

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *