FamiliPermata Hati

6 Cara Mengajar Anak Yang Lemah Membaca

Cara Mengajar Anak Membaca - women online magazine

Kredit Foto: condenast

Cara Mengajar Anak Membaca. Mengetahui ada antara anak rakan anda yang boleh membaca seawal usia dua tahun pasti membuatkan anda  tertanya-tanya bagaimana ia boleh dilakukan.

Melihat sendiri kebolehan kanak-kanak itu membaca seolah-olah memberikan satu motivasi kepada anda sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak anda juga pandai membaca pada awal usia. WOM.my berkongsi dengan anda 6 kaedah efektif mengajar anak anda membaca dengan cepat.

 

Kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Mulakan dengan abjad kecil

Kalau anda mahu mengajar anak anda, mulakan dengan abjad kecil dalam pembacaan dan cara penulisan kerana ia lebih mudah. Sebagai contoh ajar ‘a’ dulu sebelum ‘A’. Anak anda perlu menguasai peringkat bentuk mudah sebelum bentuk yang lebih susah. Bila bentuk yang sama asyik diulang,maka ia akan menajamkan dan mengekalkan daya ingatan anak anda.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Anak Malas Belajar

 

2. Mulakan dengan hurul vokal dahulu

Huruf vokal mempunyai bunyi yang lebih menarik dan boleh dibuat secara kreatif. Terdapat banyak cara sebenarnya namun cara yang paling popular adalah menyanyikan huruf vokal tu. Anda sebagai ibunya haruslah ‘sporting’ dengan cara menyanyi bersama-sama anak anda. Secara tidak langsung anak anda akan berasa seronok dan mudah untuk mengikuti.

 

3. Gunakan huruf berwarna

Huruf berwarna akan merangsang pemikiran mereka supaya lebih tajam dan mudah mengingati sesuatu. Bezakan setiap huruf yang diajar dengan warna yang berlainan. Contohnya ‘a’ warna merah, ‘e’ warna biru dan ‘o’ warna kuning. Teknik ini amat berkesan kerana anak merasa seronok untuk melihat perkara yang berwarna-warni. Bahan grafik yang berwarna dapat membantu menarik minat anak kecil.

 

4. Ulang bacaan

Banyakkan ulangan bila mula mengajar anak membaca, kerana anak kecil sukar untuk mengingati sesuatu yang baru dengan cepat, malah mereka juga cepat lupa. Jadi ulangan amat penting untuk memberi kesan yang lebih baik kepada ingatan kanak-kanak. Anda sebagai ibu bapa haruslah jangan mudah berputus asa dan jemu untuk mengajar anak anda.

 

5. Gunakan kaedah nyanyian

Anda bolehlah memuat turun lagu-lagu di dalam Internet yang berkaitan dengan ejaan dan bacaan kemudiannya menyanyi bersama anak anda. Ini kerana daya tarikan dalam nyanyian akan menarik minat anak kecil. Malahan ramai budak yang tidak kenal huruf lagi boleh menyanyi lagu yang mereka minat melalui kaedah hafalan. Jadikan senjata ini untuk anda menarik minat mereka.

 

6. Tampal abjad ABC di dinding bilik tidur

Terdapat banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai A-B-C beserta gambar yang boleh anda beli kemudiannya tampal di bilik tidur anak anda. Setiap hari,anak anda akan nampak dan secara tidak sedar mereka akan hafal abjad tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama dengan menampalkan tulisan Jawi.

 

INFO EKSTRA

SINDROM  LAMBAT MEMBACA

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?

Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Jika anak anda berumur lima tahun ke atas yang tetapi masih tidak mampu mengeja dan menulis,mungkin ia disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

 

Apa itu Disleksia?

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom “lambat baca” di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Walaubagaimanapun,anda tidak perlu risau kerana rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan moral anda juga amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting dalam menarik minat anak untuk membaca sama ada dengan bahan bacaan atau teknik digunakan mestilah menarik dan ceria.Yang penting jangan paksa anak untuk membaca jika anak anda tidak mahu.

 

Baca Juga: Peranan Ibu Bapa Didik Anak Cemerlang

 

Jadikan aktiviti membaca sesuatu yang menyeronokkan sehingga anak anda tertarik untuk membaca.Luangkan banyak masa bersama anak-anak walaupun anda sibuk dengan kerja seharian. Percayalah,pelaburan masa untuk permata hati anda sungguh berbaloi.

 

Nota Kaki: Jika suka dengan artikel ini. jangan lupa SHARE ya!

<< Ingin tahu cara mengatasi bau badan anak anda? Baca selanjutnya di sini.

 

Previous post

8 Petua Hilangkan Parut

Next post

Dura Terpaksa Lahirkan Anak Luar Nikah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *