Ketahui Jenis Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk
Kredit : buzzfed
Ketika bayi anda berusia 6 bulan, dia akan diperkenalkan dengan pelbagai variasi makanan bayi yang berbeza.Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah makanan tersebut adalah makanan sihat dan terbaik sehingga boleh membuatkan bayi anda menjadi cepat gemuk, namun tidak membuatkannya terlalu gemuk.
Melalui makanan yang sihat, bayi anda akan mendapatkan manfaat yang luar biasa. Bukan sahaja sihat, cepat gemuk, malahan makanan yang dinikmati ketika masih kecil ini juga akan mempengaruhi tahap kecerdasan dan kesihatannya sehingga dia dewasa kelak.
Jika pada ketika ini, bayi anda sudah mula makan namun berat badannya masih belum ideal, anda perlu memberikan sedikit perhatian supaya kesihatannya tidak terganggu. Cara mudah agar bayi anda cepat gemuk adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori agar berat badan bayi anda kembali normal. Untuk mendapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan oleh bayi anda itu. Dengan menambahkan beberapa makanan berkalori dapat membantu menaikkan berat badan bayi anda agar tidak terlalu kurus.
Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian berbeza, susu merupakan makanan yang wajib diberikan di selang seli dengan makanan tersebut. Jika bayi anda masih menyusui, teruskan kerana pada ketika ini bayi anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air susu ibu.Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula kerana ia boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.Setelah bayi kenyang di saatnya mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu sampai bayi tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan bayi menjadi gemuk.
Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk menambah nutrisi bayi anda.Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh buat bayi cepat gemuk dan sihat. Selain itu, pengambilan oatmeal juga boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.
Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak besar kalori. Ia akan membantu bayi anda mendapatkan berat badan yang lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat. Berikan bayi anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi lemak tak jenuh yang sihat dan memberikan efek baik untuk jumlah kalorinya. Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat untuk bayi anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah dan tambahkan susu yoghurt untuk meningkatkan kalori.
Ikan adalah makanan bayi sihat buat bayi yang berusia setahun.Tetapi, anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar lembut tanpa di berikan perencah atau serbuk perasa.Ikan adalah sumber protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.
<< Ketahui tentang kepentingan makanan seimbang untuk bayi anda di sini.
No Comment