Cara Mengenang Jasa Ibu Bapa
Ketahui cara bagaimana untuk mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Baca artikel ini sehingga selesai..
Seperti diketahui, ibu bapa adalah insan yang paling banyak jasa dan berkorban untuk kita sepanjang hayat kita. Mereka yang menjaga kita dari kita di dalam kandungan, bayi, kanak-kanak yang kemudian meningkat remaja hinggalah kita sudah menjadi dewasa dan mempunyai pekerjaan tetap dan keluarga sendiri.
Makin hari mereka akan di mamah usia. Semakin lanjut usia mereka, semakin banyak penyakit yang mendatang kepada mereka. Mereka juga akan makin uzur dan tidak mampu membuat aktiviti dan kerja segagah dahulu.
Apabila mereka sudah menjadi uzur, kita sebagai anak harus memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga keduai ibu bapa.
Bagaimana caranya kita mengenang jasa ibu bapa adalah dengan:
1) Layan Kerenah Ibu Bapa
Sudah menjadi kitaran hidup, apabila seseorang itu sudah lanjut usianya, maka perangai keanak-anakan akan muncul dalam jiwa mereka, terutama ketika mereka sakit. Antara sebab mereka menjadi begini adalah kerana mahu perhatian daripada anak-anak.
Sebagai anak, cubalah melayan kerenah anak ibu bapa kita walaupun mungkin permintaan mereka itu remeh dan mengarut. Jangan sesekali marah atau memperlekeh pemintaan mereka walaupun semudah membawakan air.
Bayangkan apa perasaan anda apabila anak anda melayan anda jika situasi ini terjadi pada anda. Pasti kita mahu layanan yang baik daripada anak kita bukan?
2) Pandai Meluangkan Masa
Apabila sudah mempunyai keluarga sendiri dan pekerjaan tetap, sukar untuk anda untuk meluangkan masa dan memberi komitmen kepada semua perkara. Anda pasti terkejar-kejar untuk menghabiskan kerja anda, meluangkan masa bersama keluarga dan situasi baru menjaga ibu bapa anda.
Pastikan anda bijak untuk menguruskan masa anda serta menguruskan dan menjaga ibu bapa yang sudah uzur. Luangkanlah masa pada hujung minggu untuk menziarahi ibu bapa anda yang berada di kampung.
JIka mereka tinggal dengan kita, luangkanlah masa berkualiti dengan mereka dengan melakukan aktiviti di rumah atau bawa mereka ke tempat yang boleh menenangkan fikiran, antaranya ialah ke tempat beriadah atau tepi sungai.
Jika ia melibatkan kecemasan dan memerlukan penjagaan yang rapi, ambillah cuti untuk menjaga mereka
# Ibu bapa adalah lebih penting dari segalanya kerana mereka telah membesarkan kita sehingga berjaya menjadi manusia yang berguna.
3) Berbincang untuk menjaga ibu bapa
Jika ibu bapa tidak menetap di kampung dan tinggal di rumah anak-anak mereka, apa kata anda berbincang dengan adik beradik yang lain. Aturkan giliran dan tempoh berapa lama harus anda semua lakukan.
Pastikan anda dan adik beradik mengikut aturan itu dengan betul dan baik. Cara ini dapat memastikan ibu bapa anda kekal rapat dengan anak-anak mereka mahupun cucu mereka kerana meluangkan masa bersama secara bergilir-gilir.
Jika ibu bapa dalam keadaan betul-betul nazak dan tenat, apa kata anda adik beradik bergilir-gilir menjaga mereka di hospital supaya apabila berlaku hal kecemasan boleh terus dimaklumkan kepada adik beradik yang lain dan inilah masa terbaik untuk membalas segala permohonan mereka.
# Jangan sesekali melanggar aturan dan giliran yang ditetapkan kerana risau akan membebankan adik beradik lain yang mungkin mempunyai agenda dan hal yang lain bersama keluarga atau mertua.
Ingatlah bahawa jasa ibu bapa kepada kita tiada tolok bandingnya. Menjaga mereka pada waktu mereka uzur adalah perkara yang mulia kepada kita. Jangan sesekali mengabaikan mereka atau menghantar mereka ke rumah orang tua
Ingatlah mereka menatang kita bagai minyak yang penuh, mendidik, memberi makan minum yang cukup, pakaian yang selesa kepada kita. Inilah masa kita untuk mencurahkan sayang kita kepada ibu bapa
Janganlah sesekali mencampakkan kedua ibu bapa anda di tepi jalan dan tempat orang-orang tua.
4) Beri Ganjaran Pada Ibu Bapa- Membuatkan Mereka Gembira
Inilah masa paling sesuai untuk anda membalas jasa dan membahagiakan kedua ibu bapa anda yang selama ini berkorban untuk anda.
Menggembirakan kedua ibu bapa anda bukan bermaksud menaburkan wang ringgit dan membuatkan mereka ketawa sahaja. Anda juga boleh membuatkan mereka gembira dengan sering melawat mereka dengan membawa anak-anak anda supaya mereka dapat meluangkan masa bersama cucu mereka.
Anda juga boleh berkongsi kejayaan anda, tidak kira mendapat gred cemerlang untuk peperiksaan,mendapat segulung diploma dan ijazah atau mendapat kenaikan pangkat.
5) Doa
Pelbagai cara dan banyak wang ringgit anda sudah habiskan untuk merawat dan membiayai kos rawatan ibu bapa anda pada ibu bapa yang uzur. Mungkin ada yang sudah mencuba kaedah rawatan moden dan juga rawatan perubatan Islam.
Maka, sesungguhnya tadahkanlah kedua-dua telapak tangan anda dan memohon kepada Allah supaya kedua ibu bapa kita kembali sihat seperti sedia kala. Sesungguhnya kepada Allah tempat paling layak untuk kita mengadu.
Berdoa kepada Allah bukan hanya apabila apabila ibu bapa kita ditimpa musibah dan sakit sahaja. Malah kita seharusnya mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita setiap hari. Itu juga antara perkara ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya agar sentiasa taat dan berdoa untuk ibu bapa mereka.
Ingatlah bahawa jasa ibu bapa kepada kita tiada tolok bandingnya. Menjaga mereka pada waktu mereka uzur adalah perkara yang mulia kepada kita. Jangan sesekali mengabaikan mereka atau menghantar mereka ke rumah orang tua
Ingatlah mereka menatang kita bagai minyak yang penuh, mendidik, memberi makan minum yang cukup, pakaian yang selesa kepada kita. Inilah masa kita untuk mencurahkan sayang kita kepada ibu bapa
Janganlah sesekali menempatkan kedua ibu bapa anda di tepi jalan dan tempat orang-orang tua. Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada kita bahawa penting kita mengenang jasa ibu bapa.
<< Ketahui cara untuk hormati ibu bapa anda di sini..
2 Comments
[…] 3. Taat Setiap Suruhan Ibu Bapa […]
t.kasih di atas perkongsian yg amat bermakna buat diri saya sebagai seorang anak utk taat setiap suruhan ibu bapa.