FamiliPermata Hati

Ketahui 6 Ciri Anak Pintar

Ciri-Ciri Anak Pintar - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: i.huffpost

Ciri-Ciri Anak Pintar. Anak yang cergas dan pintar sememangnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Biasanya tumbesaran serta perkembangan dirinya berbeza dengan kanak-kanak lain. Terutama tahap kecergasan otaknya.

Ciri-ciri anak pintar ini boleh diamati sejak usianya masih kecil lagi.Jadi, sebab itulah anda perlu memberikan perhatian yang baik terhadap perkembangannya untuk mengenalpasti apakah anak anda termasuk dalam kategori anak yang pintar atau biasa-biasa sahaja.

Sebagai orang tua sudah pasti anda mahu anak-anak anda membesar dengan sihat dan pintar. Pelbagai cara mungkin sudah anda lakukan untuk menjadikan anak anda sihat, cergas dan pandai.Dengan mengetahui perkembangan anak, anda boleh membuat penilaian sendiri terhadap perkembangannya. Jika anda merasakan perkembangannya agak lambat, anda mungkin boleh mencari jalan penyelesaian atau memberikan stimulasi yang tepat sesuai dengan keperluannya.

Antara ciri-ciri anak pintar dan sihat boleh dilihat melalui perwatakan dan sikapnya yang aktif, lincah, berwajah segar anak sehat dan cerdas, seperti lincah dan aktif, wajah yang segar serta mempunyai daya ingatan yang baik.

 

Berikut beberapa ciri anak pintar yang boleh anda perhatikan:

1.Pertumbuhan fizikal yang baik

Pertumbuhan fizikal yang baik menunjukkan bahawa seorang anak itu membesar dengan sihat serta ditandai dengan pertumbuhan tulang dan berat badan anak yang ideal. Anak gemuk bukan bermakna dia sihat, sebaliknya berisiko mengalami obesiti.

 

Baca Juga: Menu Makanan Untuk Anak Bijak

 

2. Memiliki fizikal yang tangkas

Anak yang sihat biasanya sangat lincah dan mampu melakukan pelbagai perkara yang berkaitan dengan ketangkasan fizikalnya. Misalnya,  naik turun tangga, duduk di kerusi dengan baik dan bergerak dengan aktif.

 

3. Punya daya ingatan yang bagus

Kemampuan anak dalam mengingati sesuatu dengan baik, menunjukkan bahwa dia seorang yang cergas dan pintar. Anda mungkin berasa terkejut apabila si anak menyebut nama benda atau nama kawannya yang sudah lama tidak bertemu. Perkara ini merupakan salah satu ciri daya ingatannya yang baik.

 

4. Petah bercakap

Anak yang pintar berceloteh menunjukkan bahawa kemampuan bercakapnya sangat bagus dan tergolong anak cergas. Setiap hari dia akan mendapatkan kosakata baru yang menambah perbendaraan katanya. Anak-anak di lingkungan usia 2-3 tahun yang sudah dapat menyebut pelbagai nama benda di persekitarannya termasuk dalam kategori anak yang cergas dan pintar.

 

5. Selera makan yang baik

Anak yang sihat mempunyai selera makan yang baik.Dengan selera makan yang baik juga keperluan zat  anak dapat dipenuhi. Anak-anak memerlukan makanan berkhasiat untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan otaknya.

 

Baca Juga: Cara Merangsang Minda Anak

 

6. Mampu menulis dan membaca sejak kecil

Jika anak anda adalah anak yang cergas dan pintar, dia akan mampu membaca dan menulis sejak kecil lagi sebelum memulakan persekolahan rendah. Ciri-ciri anak pintar akan memiliki kemampuan untuk mengingat sesuatu yang sangat kuat.

Apabila diajar untuk membaca, dengan cepat dia boleh merakam atau mengingati apa yang telah dipelajari. Selain itu anak yang pintar boleh belajar dengan lebih cepat berbanding anak yang memiliki perkembangan ‘biasa-biasa’.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui tips mendidik dan mendisiplinkan anak yang nakal di sini.

 

Previous post

Apa Yang Dilakukan Ketika Ujian Pap Smear?

Next post

Resepi Ayam Masak Tomato Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *