FamiliPerkahwinanSuami Isteri

Elak Bercinta Dengan Suami Orang

elak bercinta dengan suami orang - women online magazine

( Gambar ini hanya untuk hiasan sahaja )

Pasti anda berminat untuk mencari tips elak bercinta dengan suami orang. Teruskan pembacaan anda di sini..

Berpoligami sentiasa menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak, tidak kira perbualan dan rancangan di televisyen, cerita di kedai kopi mahupun tajuk perbualan dan gosip rakan-rakan atau jiran tetangga. Berpoligami juga adalah antara perkara yang boleh diamalkan di dalam Islam.

Ya, memang berpoligami dibolehkan di dalam Islam. Namun, anda sebagai wanita, anda pasti tidak suka berkongsi  kasih dengan orang lain bukan? Adakah anda pernah bercinta atau didekati dengan suami orang?

Kita sebagai wanita, pasti perit dan tidak sanggup untuk melihat wanita lain menderita kerana suaminya berkongsi dan beralah alih dengan orang lain. Cinta suami orang juga mungkin mengakibatkan mahligai perkahwinan ‘bakal madu’ anda dan pasangan anda bakal runtuh.

Pasti timbul perasaan serba salah jika anda yang menjadi punca kepada permasalahan rumah rumah tangga seseorang  kerana bercinta dengan suami orang.

Sini ada beberapa sebab mengapa anda perlu mengelak bercinta dengan suami orang. Antaranya ialah:

1)      Pasangan Anda Tidak Berani Berjanji Memberikan Komitmen Pada Anda

Lumrah dengan sifat lelaki, mereka pasti akan suka apabila seseorang itu memberi perhatian, sokongan dan tempat mendengar segala permasalahan, tambahan jika ia melibat hal rumah tangga. Jika rumah tangga suram, pasti mereka akan mencari wanita lain untuk dijadikan tempat luahan dan perhatian kasih sayangnya.

Mungkin lelaki yang sudah menjadi suami orang ini akan menjanjikan pelbagai perkara manis kepada anda seperti menjanjikan anda akan berbahagia apabila dengannnya kerana akan dilimpahkan curahan kasih sayang dan kesenangan hidup apabila sedia bersatu dengannya.

Awas! Tidak semua lelaki memegang janjinya. Mungkin mereka hanya manis di bibir sahaja untuk mengotakan janji, namun siapa tahu apabila lelaki itu kembali berbahagia dengan isterinya, pasti anda akan dia tinggalkan begitu saja. Hanya lambaian selamat tinggal yang akan dengar.

2)      Hubungan Secara Rahsia

Pasti ia merimaskan untuk bercinta secara tertutup dan rahsia semata-mata untuk merahsiakan hubungan cinta anda dan pasangan anda kerana khuatir akan dapat diketahui oleh orang terdekat dengan isteri pasangan  malah mungkin isteri lelaki tersebut, tak tumpah seperti budak sekolah yang bercinta secara rahsia untuk mengelak daripada pengetahuan ibu bapa mereka.

Keindahan dan kebebasan ketika bercinta juga tidak dapat anda rasakan kerana segala kemanisan itu terpaksa diselindung untuk mengelak daripada pengetahuan orang lain.

3)      Punca Keretakan Rumah Tangga

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, anda mungkin akan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang sudah sedia terbina sekian lama. Ia mungkin rumah tangga sudah retak dan penuh dengan masalah, tetapi itu bukan lesen kepada anda untuk terus menjalin hubungan dengan suami orang.

Tidakkah anda berasa serba salah menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain? Mungkin isteri pasangan anda sudah mempunyai anak yang memerlukan kasih seseorang bapa ketika besar, tetapi kerana keruntuhan rumah tangga disebabkan hubungan cinta anda dan suami orang itu tadi akan membuatkan kepada punca penceraian.

4)      Kurang Rasa Hormat dari Lelaki

Jika anda di dalam situasi cinta bersama dengan suami orang, tidakkah anda terfikir tentang apa perihal dan pandangan pasangan anda itu terhadap anda? Betulkah pasangan anda benar-benar cinta pada anda?

Kebanyakan lelaki akan berkahwin berlandaskan cinta pada perkahwinan pertamanya. Ia dibina berlandaskan cinta yang bersemi antara dia dan isterinya. Kebanyakan lelaki juga apabila bercinta kali kedua atau bahasa mudahnya dengan orang lain, kebiasannya hanaya berlandaskan nafsu.

Pasti anda tidak mahu kebahagiaan cinta yang diharapkan akan mengakibatkan anda hanya terlopong menagih cinta kerana habuan cinta yang diharapkan hanya sementara dari pasangan anda yang sudah berkahwin tersebut.

5)      Mendapat Balasan Atas Apa yang Telah Dilakukan

Bak kata pepatah orang Inggeris, ‘What you give you get back’. Renungkanlah dan fikiran sedalam-dalamnya, betulkah tindakan yang anda lakukan sekarang, iaitu bercinta dengan suami orang.

Ya, mungkin pasangan anda akan mengahwini anda dan menjadikan anda sebagai isterinya yang seterusnya. Namun tidakkah anda berfikir apa yang anda lakukan ini akan memberi impak kepada anda pada masa depan.

Jika ketika berkahwin dengan pasangan pertamanya, pasangan cinta anda itu sanggup bercinta dengan orang lain, iaitu dengan anda, walhal masih mencintai isterinya.Tidak mustahil apa yang terjadi pada isteri pasangan anda akan terjadi pada anda apabila sudah mengikat tali pernikahan dengan suaminya.

Ia mungkin akan memberikan impak yang lebih buruk kepada anda jika anda menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga pasangan anda dan isertinya sebelum ini. Seelok fikir lebih mendalam tentang perhubungan anda ini.

Ramai yang memberi alasan memilih pasangan yang sudah berkahwin ialah kerana mereka kaya dengan pengalaman, kukuh dari segi kewanagan, pandai melayan mahupun lebih romantis.

Jika mampu, bukakanlah pintu hati anda supaya menerima cinta daripada lelaki yang bujang walaupun mungkin tidak sesempurna pasangan anda atau ciri-ciri suami orang. Jelas besar risikonya bercinta dengan suami orang.

Namun, jika itu sudah suratan takdir dan jodoh anda, lakukan dengan berhemah dan adab. Jika sudah bersetuju dengan pasangan anda untuk melangkah ke langkah seterusnya, iaitu perkahwinan, berbincanglah dengan isteri pasangan anda dan dapat persetujuannya dahulu supaya mendapat ‘restu’ dan pesetujuaan agar dapat mengelak daripada mengeruhkan suasana.

<< Dapatkan tips elak suami isteri bergaduh di sini..

Previous post

Bahaya Mempercayai Bomoh

Next post

Resepi Biskut Pelangi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *