FamiliPermata Hati

Elak! 7 Jenis Makanan Untuk Bayi Anda

hindari jenis makanan untuk bayi - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Jenis Makanan Untuk Bayi.Mencecah usia enam bulan, anda sudah boleh memperkenalkan bayi dengan pelbagai jenis makanan.

Paling baik, anda memperkenalkannya dengan rasa buah dan sayur-sayuran. Sungguhpun begitu, sebagai ibu anda perlu tahu ataupun kenal dengan beberapa jenis makanan yang harus anda hindari pada bayi ketika pertama kali anda memperkenalkannya pada makanan.

Ada di antara jenis makanan tersebut boleh memberikan efek yang kurang baik, seperti alergik, tersedak dan batuk. Lagipun bayi mempunyai perut yang masih kecil dan belum terlalu kuat. Setiap makanan yang masuk ke dalam perutnya perlu anda tahu jenis makanan untuk bayi anda.

Pada usia 6-12 bulan, anda boleh memberikan bayi anda makanan yang lembut dan semi-padat seperti bubur dan pisang. Selain itu, apa yang perlu anda titikberatkan ialah kebersihan makanan tersebut. Adalah lebih baik, jika anda memasak sendiri menu yang anda sediakan untuk bayi anda.

Bahan utama makanan yang baik untuk bayi anda ialah beras, ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Pastikan anda memilih ikan dan sayur-sayuran yang segar.

Masak dengan cara dan rasa terbaik agar bayi anda menyukainya. Ketika anda menyediakannya, pastikan makan tersebut masak sempurna agar segala kuman dan bakteria boleh mati. Jangan memasak dengan api yang terlalu besar dan lama kerana makanan tersebut boleh menjadi terlalu lembik dan hilang khasiatya.

Paling penting, jangan sesekali anda cuba menambahkan serbuk perasa atau MSG kerana bahan ini boleh menimbulkan kerosakan fungsi otak.

Berikut beberapa jenis makanan yang DILARANG untuk bayi anda:

1. Coklat

Disebalik rasanya yang enak dan manis, ternyata coklat dapat mengundang alergik buat bayi. Lagipun coklat adalah makanan yang banyak mengandungi kafein dan kadar gula yang tinggi.

 

2. Putih Telur

Protein yang terdapat dalam putih telur boleh menyebabkan alergik pada bayi. Selain itu, telur juga mempunyai vitamin D dan pelbagai vitamin serta mineral lainya.

 

Baca Juga: Kebaikan Masker Telur

 

3. Madu

Spora’ yang terdapat di dalam madu berpotensi menyebabkan keracunan ataupun alergik kerana bakteria clostridium botulinum boleh menyebabkan sembelit, lemah dan rasa sukar untuk bayi menelan.\\

 

Baca Juga: Manfaat Madu Untuk Kecantikan

 

4. Kacang

Sebelum anda berhasrat untuk memberikan kacang atau makanan yang diperbuat daripada kacang pada bayi anda,sebaiknya anda berhati-hati. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi anda berusia lebih daripada setahun kerana ruam alergik lebih mudah menyerang  bayi yang makan kacang.

 

5. Strawberi

Meskipun strawberi mempunyai khasiat vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh, tetapi apabila diambil oleh bayi akan membuatkan sistem penghadamannya terganggu. Selain strawberi, apapun jenis makanan atau buah-buahan yang masam pasti akan meninggalkan efek buruk apabila dimakan oleh bayi.

 

6. Kerang

Kerang adalah salah satu jenis makanan laut yang tidak baik diberikan kepada bayi ataupun anak kecil. Kandungan merkuri yang tinggi pada kerang boleh menyebabkan bayi anda alergik dan akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lainnya.

 

7. Jus Buah

Sebelum bayi anda berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya anda tidak memberikan jus kepada bayi anda. Ini adalah kerana jus mempunyai kandungan gula dan tidak mempunyai khasiat. Jus buah seperti oren dan anggur, kaya dengan vitamin C. Namun, rasanya sangat masam,sehingga boleh menyebabkan masalah pada perut dan sistem penghadaman pada bayi.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Ingin tahu apakah  faktor ataupun punca yang menjadikan payudara anda kendur? Klik link ini.

 

 

Previous post

Mesti Cuba! Cara Diet Berkesan Tanpa Nasi

Next post

Jom... Makan Angin Ke 10 Tempat Menarik Di KL

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *