Wajah “Hilang Seri” Di Majlis Akad Nikah? Oh, Tidak!
Hati berdebar, rasa gemuruhnya bukan main lagi. Jiwa kaca, fikiran bercelaru!Tidur tak lena, mandipun seakan tak basah!
Rasanya, ini adalah campur baur perasaan yang biasa dialami oleh mana-mana insan yang mendekati gerbang alam perkahwinan, baik pengantin lelaki mahupun perempuan.
Dalam keriuhan tersebut, pasti ada saja beberapa perkara penting yang anda terlepas pandang saat membuat persiapan menjelang majlis akad nikah. WOM.my cuba menyenaraikan beberapa perkara penting untuk bakal mempelai yang bukan sahaja membantu mereka menyiapkan diri, malah menyuntik keseronokan menyambut hari bahagia!
1.Memanjakan diri
Persiapan pertama yang digalakkan untuk para pengantin adalah pergi ke spa. Manjakan diri anda dan pasangan di spa. Layanan eksklusif akan diberikan kepada anda dan pasangan. Pilih set ratu dan raja sehari, kerana mereka akan mengutamakan apa yang perlu untuk anda dan pasangan bagi kelihatan berseri di hari bahagia nanti. Tips tambahan untuk bakal pengantin di luar sana, lebih baik jika anda memilih untuk lakukan sesi manjakan diri ini beberapa hari sebelum majlis, supaya seri diri lebih terserlah di hari bahagia nanti.
Ini adalah rawatan yang wajib dilakukan. Cara penggunaan lulur yang betul adalah menggosok di kulit sehingga bahan lulur tersebut jatuh dengan sendirinya. Letakkan bahan lulur sedikit demi sedikit pada kulit dan urut mengikut arah jam. Selepas itu biarkan untuk beberapa minit, lalu bilas.
Selepas selesai melulur badan, anda boleh teruskan dengan urutan menggunakan minyak zaitun di seluruh badan. Teruskan dengan urutan pada kaki, paha, pangkal paha, dan punggung (mungkin boleh dilakukan dengan bantuan salah seorang ahli keluarga).Lakukan lulur atau scrub 6 bulan sebelum hari perkahwinan, dan kemudian lakukan secara rutin paling tidak sebulan sekali, agar hasilnya kelihatan lebih cantik tatkala anda memakai baju pengantin.
Rawatan kulit seperti ‘Microdermabrasion’, pengelupasan asid ‘Glycolic’, ‘Microneedling’ serta rawatan laser memang terbukti berkesan. Namun rawatan-rawatan ini mengambil masa yang lama untuk tempoh pemulihannya. Pastikan rawatan dilakukan 1-2 bulan sebelum tarikh istimewa anda supaya wajah kelihatan bersih dan sempurna tanpa cela.
Payudara adalah pesona wanita dan kawasan intim yang menyenangkan bagi pasangan yang telah berkahwin. Menjaga dan memelihara payudara adalah penting untuk wanita, selain untuk mengelakkan pelbagai penyakit seperti kanser payudara juga boleh membuat payudara kelihatan segar dan mulus.
- Urutan payudara (Breast Massage)
Urutan payudara penting untuk melancarkan peredaran darah di sekitar payudara, sekaligus menganjalkan kulit payudara.Seperti yang kita ketahui bentuk tekstur payudara untuk setiap wanita berbeza-beza, maka tekanan urutan yang dilakukan pada payudara juga harus disesuaikan dengan tekstur payudara seseorang.
Wanita yang mempunyai payudara bertekstur lunak sebaiknya diurut secara lembut, sedangkan wanita yang mempunyai payudara dengan tekstur lebih padat, boleh diurut dengan tekanan sederhana.Urutan pada payudara sebaiknya dilakukan dua kali seminggu. Anda boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pelincir atau boleh juga tanpa memakai minyak.
- Langkah urutan pada payudara:
Lakukan gerakan mengurut yang bergerak dari arah puting ke luar. Tekanan urutan janganlah terlalu kuat sama seperti tekanan yang boleh diterima di kelopak mata. Tekanan yang kuat juga boleh membuatkan saluran darah limfa tertekan dan menghentikan aliran cecair lain. Urutan sebaik- baiknya dilakukan secara perlahan agar mencapai hasil yang maksimum.
Berikan urutan pada payudara dengan kedua- dua tangan seperti gerakan meramas. Gunakan kedua- dua tangan secara hati-hati dan perlahan mengikut arah jam dan sebaliknya.
Nota: Ketika melakukan urutan ini, apabila anda merasakan ada suatu biji, sebaiknya jangan urut di kawasan tersebut dan lakukan rundingan dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
5. Rawatan V-Spa Treatment
V-Spa Treatment adalah proses pengasapan organ intim dari rempah ratus untuk menjaga kebersihan dan menghilangkan bau tidak sedap, serta mengurangkan lendir yang berlebihan. Anda juga perlu menjaga kebersihan organ intim dengan menggunakan sabun sirih wangi yang boleh dibawa ke mana anda pergi. Perawatan yang menggunakan antibiotik, tetapi perlu menjaga keseimbangan pH di dalam faraj.
6. Sexercise
Anda juga boleh melakukan sexercise, iaitu melakukan gerakan senam ringan yang fokus untuk organ intim. Berdiri dengan dua lutut dibengkokkan, tarik nafas dan hembuskan beberapa kali, lalu gerakkan organ intim anda seolah-olah ikut bernafas bersama anda. Lakukan beberapa kali, kemudian berdiri kembali dengan kedudukan normal. Latihan ini berfungsi untuk mengetatkan otot-otot kewanitaan dan otot-otot di sekitar panggul serta organ intim wanita.
- Melakukan rawatan ‘facial’ sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum hari bahagia. Hal ini perlu untuk membuang kulit-kulit mati dan bintik hitam dan membuat kulit wajah anda nampak segar di majlis akad nikah nanti.
- Minum air putih sebanyak mungkin untuk menjadikan wajah cerah dan lembab. Selain itu, meminum air putih juga boleh membuat kulit jadi nampak segar dan awet muda, risiko sakit kepala berkurang, dan mengelakkan kekeringan.
- Gunakan pelembab bibir yang mengandungi vitamin E beberapa hari sebelumnya untuk mencegah bibir pecah-pecah. Saat selesai memberus gigi, gosok dengan lembut bibir anda agar kulit yang pecah-pecah dapat dihilangkan.
- Untuk mengurangkan mata sembab dan lingkaran hitam di bawah mata, sapukan krim mata secara rutin seminggu sebelum majlis akad nikah.
- Jika anda ingin merapikan kening, lakukan sekurang-kurangnya dua hari sebelum hari bahagia untuk mengurangkan kemungkinan-kemungkinan yang paling teruk, seperti kemerahan, salah cabut, dan lain-lain.
- Lakukan rawatan khusus wajah dan rambut di salon kecantikan agar hasilnya lebih baik.
8. Menata Rias Kuku
Kecantikan merias kuku atau lebih dikenali sesi ‘pedicure’ dan ‘manicure’ bukan sahaja untuk pada para gadis, tetapi jangan salah sangka lelaki juga perlu menitikberat penjagaan rias kuku. Untuk kelihatan lebih menarik dari hari biasa, biarkan yang pakar menata rias kuku tangan dan kaki anda. Bagi mereka yang memilih untuk tidak mewarna kuku, mereka boleh meminta penata rias kuku tersebut untuk mengilat dan membersihkan kuku sahaja. Anda juga boleh melakukan ‘foot spa’ di mana mereka akan membuang segala kotoran daki yang ada di kaki supaya kelihatan bersih dan sihat.
Tips tambahan untuk anda, digalakkan supaya anda memilih untuk melakukan sesi menata rias kuku anda sehari atau beberapa jam sebelum memakai inai, supaya kelihatan berkilat dan sihat. Bukan apa, jika anda memilih untuk menata rias kuku anda selepas memakai inai, akan membuatkan inai tersebut pudar dan tidak cantik pula.
9. Waxing
Untuk wanita, selain daripada pergi spa dan salun kecantikan rambut, beberapa kecantikan dalaman harus dititikberatkan juga. Seperti kebersihan badan, muka dan setiap anggota badan supaya kelihatan bersih dan sihat. Walaupun ada yang menolak untuk melakukan ‘waxing’ kerana bagi mereka itu sesuatu yang peribadi dan tidak perlu dikongsikan. Selain itu, ingat ya kebersihan wanita bukan sahaja daripada luaran, tetapi dalaman juga perlu. Bersihkan dalaman, anggota badan, jiwa, hati kerana melangkah ke satu fasa yang baru memerlukan jiwa dan hati yang bersih.
6 Perkara Yang Perlu Dielak Sebulan Sebelum Majlis Akad Nikah
- Penukaran gaya rambut drastik
Menukar gaya rambut secara drastik akan menimbulkan masalah kerana ianya berkemungkinan tidak bersesuaian dengan rekaan busana, tona warna gaun atau veil perkahwinan anda. Hanya lakukan rawatan rambut dan kulit kepala atau memotong bahagian rambut bercabang sudah mencukupi agar ia tampak berseri dan bermaya pada majlis akad nikah tersebut.
- Mewarna rambut
Elakkan menukar warna rambut di saat-saat akhir kerana selepas diwarnakan ianya akan tampak cantik dan menawan bagi anda, tetapi melalui proses pengoksidaan antara rambut dan pewarna mampu merubah warna tersebut dan menghasilkan tona tidak sesuai dengan warna kulit anda. Jadi berhati-hatilah sebelum membuat keputusan untuk mewarna rambut kerana bimbang anda akan menyesal.
- Senaman dan aktiviti ekstrem
Bagi bakal-bakal pengantin yang menyukai cabaran dan pengembaraan, berehatlah daripada melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem seperti ‘jungle-trekking’ dan ‘rock-climbing’ untuk sementara waktu. Aktiviti kecergasan ini boleh menyebabkan ketegangan otot malah jika malang tidak berbau, kecederaan serius.
Mungkin dengan mengantikan aktiviti ekstrem ini kepada aktiviti yang lebih santai seperti berjoging atau berenang juga boleh membantu anda menjaga tubuh badan dan sihat. Seelok-eloknya anda lakukan mana-mana aktiviti esktrem ini selepas berkahwin nanti kerana anda juga dapat bersama-sama pasangan untuk merasai sesuatu yang baru.
- Produk kecantikan baru
Tidak salah untuk bereksperimentasi dengan pelbagai rutin penjagaan wajah, tetapi biarlah beberapa bulan sebelum hari bahagia anda dan tidak membuat keputusan untuk menukar kepada produk kecantikan yang baru pada saat-saat terakhir. Ini kerana, produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda boleh menimbulkan reaksi alahan seperti gatal-gatal, kemerahan dan kekeringan. Pastikan anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan dan nasihat tentang produk kecantikan yang sesuai.
Merancang sebuah perkahwinan memang bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila semakin hampir dengan majlis, bakal-bakal pengantin tidak tidur malam terpaksa membanting tulang untuk menyempurnakan impian perkahwinan anda itu. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, lantiklah seorang rakan untuk menguruskan sebahagian dari tugas-tugas persiapan.
Kurang tidur yang lena waktu malam boleh mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata dan kulit kusam. Selain itu, tubuh yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup akan menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang menyebabkan rasa lapar berlebihan serta memusnahkan daya ketahanan badan.
- Kafein berlebihan
Bagi penggemar kopi, kurangkan minuman jenis ini kerana pengambilan kafein dan gula yang berlebihan adalah tidak sihat untuk sistem saraf manusia. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan stress dan perasaan cemas serta menyahidratkan kulit. Banyakkan meminum air suam dan jus buah-buahan tapi yang tanpa gula ya. Kafein juga boleh menyebabkan ketagihan, jika berlebihan anda akan mempunyai masalah seperti gigi yang kekuningan atau tidak boleh tidur di waktu malam.
Kredit foto: glamour
<< Dapatkan tips mengupah jurusolek untuk mekap di rumah ketika hari perkahwinan anda di sini..
No Comment