FamiliPermata Hati

8 Petua Berkesan Mengubati Bayi Selsema

Bayi Selsema - Women Online Magazine

Kredit Foto: bhmpics

Bayi Selsema. Jangkitan selsema sering menyerang bayi. Biasanya selsema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.

Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan para ibu bapa. Bayi yang selsema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.

Apabila bayi yang selsema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut.Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selsema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan berisiko meninggal dunia.

 

8 Petua Bayi Selsema

1.Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.

 

2.  Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.

 

3.  Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.

 

Baca Juga: Bahaya Bayi Tidur Meniarap

 

4.  Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.

 

5. Pemakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.

 

6. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.

 

Baca Juga: Resepi Bubur Nasi Bayi

 

7. Sapukan Vikcs di bahagian dada, belakang dan hidung bayi.

 

8. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.

 

Tips Elakkan Jangkitan Selsema

  • Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
  • Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
  • Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.

 

<< Ketahui tips melebatkan rambut anak di sini.

Previous post

4 Senaman Mudah Untuk Mengecilkan Paha

Next post

6 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. August 22, 2015 at 10:34 pm — Reply

    Wahh..banyak juga tips yang boleh diamalkan. Macam saya, saya selalu guna bawang putih dengan minyak zaitun. Lain kali boleh cuba petua ini pulak 🙂

    • August 23, 2015 at 3:27 pm — Reply

      Cuba tau jangan tak cuba… tengok mana yang serasi 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *