7 Punca Bayi Anda Kembung Perut
Foto: Sekadar Hiasan.
Bayi anda kerap menangis? Mungkin bayi anda sedang mengalami kembung perut. Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis pada lewat petang dan awal malam.
Anda boleh cuba mengenalpasti dengan cara menjentik perlahan di perut bayi dan dengar bunyi dan jika perut bayi keras ia merupakan tanda bayi kembung perut. Masalah ini berpanjangan selama 2 hingga 4 jam sehari dan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.
Ia bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan. Dianggarkan 1 hingga 5 dari 10 orang bayi mengalami kembung perut.
Baca Juga: Punca Bayi Menangis Malam
Mengapa Bayi Anda Mengalami Kembung Perut?
- Alah kepada laktosa.
- Usus bayi masih belum matang.
- Cara anda menyusukan bayi.
- Bayi mengalami ketidakselesaan disebabkan oleh angin.
- Sistem saraf bayi belum matang menyebabkan ia sensitif terhadap persekitaran.
- Susu formula yang kurang bersesuaian.
- Terdedah kepada asap rokok. Jika ibu bayi merokok ketika mengandung dan berpantang, bayi itu lebih berisiko mengalami kembung perut.
Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut
- Elakkan dari membiarkan bayi anda dengan persekitaran yang bising.
- Bawa bayi anda bersiar-siar dan ambil angin.
- Selimutkan bayi anda dan biarkan dia selesa dengan keadaan itu.
- Selepas memandikan bayi, cuba membuat urutan dari tapak kaki bayi sehingga ke perut.
- Jika bayi anda mengambil susu formula, mungkin ia tidak sesuai dan anda boleh bertukar kepada susu lain.
- Pastikan bayi latch dengan baik semasa proses menyusu badan.
- Memberi ubat dimethicone untuk mengurangkan simptom kembung (Boleh didapati di klinik)
Baca Juga: Punca Bayi Gatal Kulit Kepala
Dapatkan Nasihat Doktor Sekiranya;
- Bayi anda menangis dengan nada yang sakit.
- Bayi anda menangis dalam tempoh masa yang lama dan berterusan.
- Bayi anda mengalami muntah dan cirit birit.
- Suhu badan bayi anda meningkat.
<< Ketahui kepentingan pemakanan seimbang bayi anda di sini.
No Comment