FamiliPermata Hati

Ketahui Penyebab Anak Susah Makan & Cara Mengatasinya

anak susah makan - woman online magazine

Kredit : todaysparen

Pasti Ramai Ibubapa Yang Berhadapan Dengan Anak Susah Makan. Jadi, adalah wajar kaum ibu ataupun bapa mengetahui tips ataupun cara untuk mengatasi anak susah makan.

Biasanya bayi mula mendapat makanan tambahan ketika berusia 6 bulan. Semakin bertambah usianya, jumlah makanan seharusnya lebih banyak jika dibandingkan dengan pengambilan susu ibu ataupun susu formula.

Berikut beberapa alasan yang membuatkan anak anda susah makan:

  1. Mula Mempunyai Selera Terhadap Sesuatu Rasa

Semakin berganjak usia bayi anda, ia juga seiring dengan keadaan fizikal anak anda yang semakin membesar. Pada ketika ini, anak anda sudah mempunyai seleranya sendiri terhadap makanan. Itulah sebabnya makanan anak pada usia tersebut tidak boleh disamakan dengan makanan sewaktunya bayi dahulu yang tawar. Berikan sedikit rasa-rasa tertentu yang disukai ke dalam makanannya.

 

  1. Ligat Mengeksplorasi

Biasanya ketika anak anda sudah laju berjalan, anak akan lebih menguatakan aktiviti mengeksplorasi berbanding daripada menikmati makanan. Anda tentu perasan bahawa anak anda tidak pernah penat bermain, berjalan, memanjat, berlari dan sebagainya.

 

  1. Banyak Diberikan Kudapan Manis & Ranggup

Anak yang susah makan biasanya mempunyai kebiasaan makan yang salah. Dalam usia yang tidak sepatutnya anak sudah diberikan coklat, jelly atau kudapan ringan yang mengandungi MSG. Disebabkan sudah kenyang dengan kudapan ringan tersebut anak cenderung menolak makanan pejal.

 

Cara Mengatasi Anak Susah Makan:

  1. Atur waktu makan anak anda dengan teratur atar ia terbiasa makan bila telah tiba waktu.
  2. Jika anak anda berusia 6 bulan ke atas, berikan makanan tambahan seperti bubur susu dan sari buah secara berperingkat. Kemudian, barulah anda berikannya makan ke testur makanan yang lebih padat seperti nasi.
  3. Jika anda memilih untuk memberikan makanan instant untuk anak anda, pastikan anda membaca lebel makanan. Biasanya makanan instant untuk bayi berusia 6-24 bulan mempunyai pelbagai rasa. Anda boleh melakukan variasi rasa agar anak anda tidak bosan.
  4. Jika anak anda berusia 2 tahun ke atas, cuba variasikan lauk pauknya.Buat pilihan menu dan biarkan anak anda memilih makanan kegemarannya.
  5. Jika anda mahu memberikan anak anda kudapan, pastikan anda memberikannya kudapan yang sihat seperti buah-buahan yang telah dipotong dadu.Berikan kudapan ini jauh daripada waktu makannya.
  6. Jangan berikan anak terlalu banyak minum kerana anak akan cepat berasa kenyang dan malas untuk menghabiskan makanannya.

<< Ketahui cara mudah membersihkan botol susu bayi di sini.

 

 

 

Previous post

Mesti Baca! Makanan Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Cerah

Next post

4 Cara Menghilangkan Mata Panda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *