AsmaraFamili

5 Tips Perbaiki Hubungan Intim Yang Dirasakan Kurang ‘Menyengat’

Hubungan Intim Suami Isteri - Women Online Magazine

Hubungan intim suami isteri yang tidak menyenangkan atau membosankan tentu sahaja akan mempengaruhi kehidupan seharian pasangan suami isteri.Apatah lagi, jika sedang berusaha untuk memperoleh zuriat ataupun keturunan. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan seks suam isteri menjadi pudar atau hambar, seperti kesibukan, keadaan tubuh yang tidak sihat, kurangnya komunikasi di antara pasangan dan sebagainya.

WOM.my cuba berikan beberapa tips yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk memperbaiki hubungan intim suami isteri yang selama ini dirasakan kurang ‘menyengat’!

  1. Bangkitkan Momen-Momen Ghairah

Setiap pagi, sebelum bertolak ke tempat kerja, jangan lupa untuk menghadiahkan ciuman hangat kepada pasangan. Perkara sekecil itu pastinya akan membangkitkan mood sekaligus mengeratkan lagi perhubungan. Selain itu, anda boleh juga menitipkan beberapa pesanan manis sebagai kejutan buat si dia.

  1. Luangkan Waktu Untuk Bersenam

Keadaan tubuh yang tidak fit atau segar secara automatic akan membuatkan hubungan intim suami isteri yang sepatutnya indah menjadi kurang selesa. Untuk mengatasinya, luangkan waktu untuk bersenam selama 20-30 minit, paling kurang dua kali dalam seminggu. Bersenam dapat memperbaiki fungsi jantung, peredaran darah serta metabolism tubuh secara keseluruhan.

  1. Hindari Makanan-Makanan Pembunuh Ghairah

Untuk menjaga rasa ghairah, anda sebaiknya menghindari makanan-makanan yang boleh menganggu perjalanan hormon seksual. Antaranya beberapa jenis produk susu lembu, pemanis buatan dan kopi. Sebaiknya makanlah makanan yang kaya dengan protein dan vitamin seperti coklat hitam, seledri, tiram, bawang, kiwi dan strawberi. Apabila kesihatan anda menurun atau pengambilan makanan seharian anda tidak mencukupi keperluan nutrisi tubuh, pengambilan suplemen atau vitamin tambahan dapat membantu memenuhi nutrisi tubuh.

  1. Indahkan Kamar Beradu

Berikan variasi pada kamar tidur. Misalnya, tukar cadar dengan warna yang lebih cerah, kemaskan bilik tidur atau letakkan wangian kegemaran anda dan suami.

  1. Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Hubungan intim suami isteri yang tidak menyenangkan juga boleh disebabkan oleh perasaan tidak selesa atau malu terhadap tubuh sendiri. Semua orang memiliki kekurangan, belajar menerima kekurangan tersebut membuatkan kita lebih mudah untuk percaya dengan kelebihan tubuh sendiri. Kajian yang telah dilakukan di University of Texas telah menemukan bahawa wanita yang punya keyakinan diri dengan tubuhnya mempunyai ghairah seksual yang lebih tinggi. Jadi, cubalah senaraikan lima bahagian tubuh anda yang paling anda sukai dan belajarlah untuk lebih mencintainya.

 

Info Ekstra!

  • Bau nafas yang tidak menyenangkan juga boleh menganggu hubungan intim suami isteri. Hasil kajiselidik yang dilakukan di Kanada menunjukkan bahawa faktor terbesar yang boleh menurunkan mood untuk melakukan hubungan intim berkaitrapat dengan masalah kebersihan.
  • Survey tersebut melibatkan lebih daripada 1000 orang responden berusia 18 hingga 49 tahun yang aktif secara seksual. Sebanyak 58% di antaranya mengaku bahawa bau mulut pasangan sangat menganggu dan boleh menurunkan rasa ghairah di saat melakukan hubungan intim.
  • Selain bau mulut, bau peluh atau badan juga tidak terkecuali menganggu mood bercinta. Jadi, hati-hati dan pastikan anda sentiasa berbau wangi ketika mahu beraksi!

Kredit foto: wp.production.patheos.com

<< Ketahui titik ghairah suami anda di sini.

 

 

Previous post

Kenapa Darah Haid Berwarna Hitam Pekat?

Next post

Resepi Nasi Kunyit Cicah Rendang Daging

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *