Mengapa Terdapat Tanda Lahir Pada Bayi?
Foto: 4.bp
Tanda lahir, pasti dimiliki oleh setiap orang. Secara fisiologi tanda lahir adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun ada juga tanda lahir yang tidak boleh hilang dengan sendirinya.
Menurut kajian, 80% bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir. Biasanya tanda lahir akan hilang apabila mereka semakin membesar. Tetapi, terdapat juga tanda lahir yang kekal sehingga dewasa. Kebanyakan tanda lahir tidak merbahaya dan tidak mengganggu kesihatan mahupun fizikal bayi.
Apa Itu Tanda Lahir?
Tanda lahir adalah tompokan tertentu pada kulit bayi yang mempunyai warna yang berbeza. Biasa kita temui adalah tompokan yang berwarna seperti kebiruan, kehijauan dan kecoklatan. Kadangkala ia juga timbul dan mempunyai tekstur yang berbeza daripada kulit bayi.
Tanda lahir boleh terjadi akibat pigmentasi atau saluran darah yang tidak normal. Sungguhpun orang tua-tua dahulu sering mengaitkannya dengan pelbagai mitos, namun punca terjadinya tanda lahir masih belum diketahui dengan tepat. Oleh itu, ia tidak dapat dicegah dan ia juga bukanlah sesuatu yang diwarisi ataupun berjangkit.
Jenis-Jenis Tanda Lahir
A. Tanda lahir Vaskular
Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular.
- Macular Stains
Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.
- Hemangioma
Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bulan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.
- Port Wine Stains
Tanda lahir jenis ini selalunya berlaku pada bahagian muka dan berbeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air air merah yang tertumpah. Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.
B. Tanda Lahir Berpigment
Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment pada kulit berkembang lebih daripada normal. Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
- Cafe-au-liat spots
Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi bersusu. Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.
- Mongolian spots
Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.
- Moles (Tahi lalat)
Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdapat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar, ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit jika ia berkeadaan demikian.
<< Ketahui cara betul untuk keluarkan kahak bayi di sini.
No Comment