Kena Baca! 4 Petua Anak Bijak Menulis
Petua Anak Bijak.Jom baca petua supaya anak anda bijak menulis.Pasti berhasil jika dipraktikkan dengan baik.
Perasan atau tidak, kadang-kadang anak suka meniru gaya seperti orang dewasa. Ini kerana anak ingin menerokai dunia dan ingin mempelajari pelbagai kemahiran dari orang dewasa. Jom, guna kaedah bermain sebagai salah satu melatih anak bijak menulis.
Semua proses belajar memerlukan rasa bersedia, latihan dan efek daripada sebuah proses. Bersedia berkait rapat dengan kematangan psikologi. Anak-anak yang masih terlalu mentah sebaiknya jangan terlalu dipaksa untuk memegang pensil.Tanpa ada rasa bersedia ia boleh menyebabkan kegagalan yang berulang.
Latihan dilakukan untuk memperkuatkan antara stimulasi dan respons sehingga anak-anak terbiasa. Paling penting adalah efek yang diberikan, respons positif akan membuatkan anak anda mengulangi perilakunya.
Manakala respons negatif akan melemahkan perilaku anak-anak.Anda seharusnya faham, tangan anak-anak umumnya masih kaku, sedangkan menulis memerlukan kekuatan untik menggerakkan tangan meliputi memegang pensil dengan betul.
Ramai di antara ibu bapa yang telah menghantar anak-anak di pusat-pusat asuhan atau tadika. Tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan tugas mengajar anak anda membaca dan menulis kepada guru di sekolah seratus peratus.
Pastikan anda memilih pusat asuhan kanak-kanak yang mempunyai modul pembelajaran yang berkesan untuk perkembangan minda anak anda.
Baca Juga: Ciri-ciri Anak Pintar
Jom guna kaedah permainan ini untuk merangsang anak bijak.
1. Bermain Doh
Permainan ini wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.Aktiviti ini juga membantu anak agar terbiasa menggenggam dan memegang pensil dengan betul
2. Melukis
Biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati. Aktiviti ini membantu si manja mendapat genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian.
Baca Juga: Cara Didik Anak Yang Betul
3. Bermain Cat Air
Melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat cair yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja. Biarkan sahaja dia bermain menggunakan tangan.
4. Mewarna
Aktiviti yang asas ini menguatkan genggaman dan pergerakan tangan mereka. Beri galakan agar mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan daya kreativiti anak anda.
Dengan melakukan kaedah di atas bersama si kecil, ia bukan sahaja meningkat kemahiran menulisnya.Bahkan turut mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak.Si kecil biasnaya inginkan perhatian ibu bapa, jika tidak, mereka akan memberontak untuk dapatkannya.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.
<< Jom kita baca artikel berkaitan dengan tips mendidik anak degil di sini..
No Comment