Apa Nak Buat, Bila Anak Suka Pilih-Pilih Makanan?
Anak anda susah nak makan atau suka sangat pilih-pilih makanan?
Mungkin anak anda terkena sindrom ‘gangguan makanan’ seperti ‘picky eater’. Gangguan saluran penghadaman yang dialami telah menekan nafsu makannya.
Sebagai ibu, anda tentunya tidak boleh duduk diam. Anda perlu berusaha untuk menaikkan selera makan anak anda. Malah, memasak juga satu kewajipan terutama memberikan makanan berkhasiat untuk si buah hati . Dengan pola makanan yang sihat dan berkhasiat, anak-anak juga bakal bebas daripada pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan.
Masalah anak malas untuk makan dan suka pilih-pilih makanan terjadi ketika usianya menginjak dua tahun. Perkara ini normal kerana pada usia tersebut anak anda sudah mula mengenali pelbagai macam rasa, sehingga dia tahu mana yang sedap di lidah ataupun tidak. Cuma, dia tidak akan tahu atau faham, mana makanan yang berkhasiat dan sebaliknya.
Sebagai ibu yang bertanggungjawab sudah pasti anda cuba melakukan yang terbaik buat anak anda. Pelbagai cara termasuk bereksperimen memasak pelbagai menu agar si anak yang enggan makan berselera untuk menjamahnya. Adakalanya hingga anda sendiri terlupa untuk mencukupi keperluaan makanan berkhasiat anak.
Anak yang malas makan bukan bermakna dia harus makan banyak-banyak untuk memenuhi kelengkapan nutrisinya sehari. Apa yang perlu anda lakukan adalah memperhatikan berapa nilai nutrisi anak dalam sehari.
Biar Sedikit Tapi Makanan Berkhasiat Seimbang
Sudah pasti makanan berkhasiat yang seimbang jauh lebih baik, daripada anak anda makan banyak dengan nutrisi yang tidak jelas. Misalnya, terlalu banyak karbohidrat, kurang serat . Terlalu banyak protein, tetapi kurang karbohidrat dan sebaliknya. Anda yang malas makan, biasanya akan menjadi bertambah malas jika dia melihat longgokan nasi yang banyak dalam piring makanan mereka.
Jika andak anda berusia dua atau tiga tahun, dia hanya perlukan satu ukuran untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Ambil ukuran, satu genggam anak untuk melihat seberapa besar keperluan nutrisi anak pada setiap harinya.
Contohnya, untuk sayur, anak anda tidak perlu mengambil dua ikat sayur bayam untuk sehari makan kerana ia boleh jadi berlebihan pula.
Apa yang anak anda perlukan dalam sehari sama sahaja dengan orang dewasa, mesti ada karbohidrat, protein, serat, vitamin dan susu. Apa yang perlu anda lakukan, hanya jadikan ukuran telapak tangan anak sebagai jumlah atau penyukatnya.
Menu Makanan Berkhasiat Untuk Mengatasi Masalah Anak Yang Malas Makan
1. Susu sangat penting. Jika anak anda tidak suka susu, mungkin anda boleh menggantikannya dengan produk olahan susu seperti keju atau yogurt. Sesekali anda juga boleh memberikannya aiskrim.
2. Tambahkan protein seperti ikan, ayam, tauhu atau tempe. Memadai segenggam tangan anak anda untuk sekali makan, dan diberikan dua kali sehari.
3. Serat yang diperoleh sayur-sayuran boleh anda tambahkan lebih banyak daripada protein.
4. Jangan lupa berikan karbohidrat. Jika anak anda tidak suka makan nasi, berikan segenggam kentang goreng. Ia mungkin boleh membuatkan anak anda kembali bersemangat untuk makan.
5. Berikan juga buah-buahan segar sebanyak satu atau dua potong setiap hari. Sesekali anda juga berikannya dalam bentuk jus.
Kredit foto: melissashealthyliving
<< Badan anak anda berbau? Ketahui cara mengatasinya di sini.
No Comment