FamiliPermata Hati

7 Cara Menjadi Ibu Yang Baik Dan ‘Superb’

 

Menjadi Ibu Yang Baik - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: theinquirer

Dalam setiap keluarga, peranan ibu sangat penting dan diperlukan. Sebaik-baiknya seorang ayah,beliau tetap tidak dapat menggantikan peranan sebenar sebagai seorang ibu.

Kepekaan, kasih sayang dan kelembutan, kudrat Illahi inilah yang tak dimiliki oleh seorang lelaki!Bagi anak-anak, kesabaran dan kepekaan serta kasih sayangnya, ibu sering menjadi tempat untuk mencurahkan segala masalah yang dihadapi. Serapat manapun anak itu dengan ayahnya, ia masih belum mampu menggantikan tempat ibu di hati anak-anak.
Cara Menjadi Ibu Yang Baik

  1. Tanamkan Nilai Kehidupan & Agama Sejak Dari Kecil

Tips menjadi ibu yang baik paling utama adalah menanamkan nilai-nilai moral kepada permata hati. Nilai-nilai tersebut harus ditanamkan sejak anak-anak masih kecil sehingga apabila dewas nanti mereka akan memahami nilai-nilai yang berlaku di dalam kehidupannya.

Keluarga adalah tempat utama atau yang pertama kali anak-anak bersosial sebelum mereka akhirnya berinteraksi dengan dunia luar. Keluarga boleh dikatakan sebagai media pengenalan kepada anak-anak. Bagi seorang ibu,waktu kanak-kanak merupakan saat paling akrab jika dibandingkan dengan masa-masa lainnya. Ketika kanak-kanak adalah waktu di mana sang buah hati mulai belajar memahami semua yang ada di persekitarannya.

 

Baca Juga: Cabaran Ibupada Mendidik Anak Cemerlang

 

Ibu yang baik harus mampu mengajarkan nilai-nilai kehidupan dan nilai-nilai agama buat anak-anaknya. Nilai-nilai tersebut harus diterapkan sejak anak masih kecil kerana pada ketika itu anak-anak masih mudah untuk diarahkan dan mudah dalam menyerap segala hal yang diajarkan.

Nilai kehidupan dan nilai agama merupakan nilai dasar yang harus dimiliki agar anak-anak agar mereka memiliki karakter sebagai bekalan untuk berinteraksi dengan masyarakat dan dunia luar. Jika anak-anak sudah memiliki nilai-nilai kehidupan dan nilai agama yang kuat, secara tidak langsung ia  boleh mengetahui mana yang baik dan buruk bagi dirinya nanti.

 

  1. Penasihat Yang Baik

Adakalanya seorang anak berasa terlalu bimbang ketika mengambil sebuah keputusan. Berikanlah nasihat dan kata semangat yang diperlukan, bantulah dia untuk percayakan diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan diambil. Yakinkannya bahawa apa pun keputusan yang dibuat, itu adalah yang terbaik untuknya.

 

  1. Ajarkan Kesabaran

Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu, boleh menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar, hal itu akan mengajarkan anak anda, secara tidak langsung, agar mereka juga kuat mengatasi masalah yang akan dihadapinya kelak.

 

  1. Sumber Inspirasi

Adakalanya anak anda menghadapi hari yang sukar dan penuh dengan tentangan. Sebagai ibu, anda harus peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfkirlah secara positif dan berikan inspirasi agar anak anda memiliki keyakinan dan perasaan optimis yang tinggi bahawa segala masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

 

  1. Didik Dengan Peraturan

Dalam kelembutan mendidik anak, anda perlu tegas dalam beberapa hal. Cipta peraturan untuk mendisiplinkan anak-anak anda. Dalam ketegasan ini, sebenarnya ia sesuatu yang baik, kerana anda tidak terlalu manjakan mereka. Anak-anak yang biasa dengan peraturan lebih mudah menguruskan diri sendiri.

 

  1. Saling Menghormati

Bukan anak sahaja yang perlu menghormati anda sebagai ibu, anda juga mesti menghormati dia sebagai seorang anak. Jika anda menhormati hak mereka, pastinya lebih mudah dalam mendidik.

 

Baca Juga: Peranan Ibu Bapa

 

  1. Perhatian Dan Tumpuan

Dalam kesibukan anda menguruskan rumahtangga dan kerjaya, jangan sehingga anda mengabaikan anak-anak anda. Beri perhatian mengenai perkembangan mereka dan tumpukan pada perjalanan hidupnya. Jangan biarkan dia melalui kehidupannya sendiri.

 

Info Ekstra

Take Note!

  • Ketika anda berada bersama kawan anak-anak anda, jadilah diri sendiri. Ingat anda adalah ibu daripada anak-anak anda, dan bukannya kawan mereka!
  • Menyayangi dan mencintai anak-anak bukan bermakna memanjakannya.Jangan selalu memberikan apa yang mereka minta tanpa alasan yang kukuh.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui cara berkesan untuk merawat bayi yang selsema di sini.

Previous post

Ada 8 Menu Sarapan Pagi Kurang Menyihatkan

Next post

Resepi Istimewa Kari Kepala Ikan Penang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *