KewanitaanSihat

Apa Nak Buat Bila Air Ketuban Tiba-Tiba Pecah?

Air Ketuban - Woman Online Magazine

Kredit : mommyish

Tahukah anda fungsi sebenar air ketuban?Air ketuban merupakan cecair pelindung dalam tumbesaran dan perkembangan janin. Air ketuban juga berfungsi untuk melindungi janin terhadap sebarang trauma dari luar,melindungi janin dari infeksi, menstabilkan perubahan suhu dan menjadi ‘sarang’ yang membolehkan janin bergerak bebas.

Kuantiti air ketuban tidak sama dari minggu ke minggu kehamilan. Ketika usia kehamilan mulai memasuki usia 25 minggu, rata-rata air ketuban di dalam rahim 239 ml. Setelah itu,meningkat menjadi 984 ml pada usia kehamilan 33 minggu.

Anda perlu lebih alert dengan volume air ketuban kerana ia saling berkait dengan nutrisi dan oksigen yang mencukupi untuk janin. Apabila air ketuban berkurangan, warnanya akan menjadi lebih keruh. Jika tidak keruh, bermakna air ketuban anda sudah cukup berfungsi untuk menjamin nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Kelebihan atau kekurangan cecair ketuban akan menimbulkan komplikasi pada ibu atau janin.

Kelebihan cecair ketuban juga boleh memberikan kesan pada keadaan janin. Untuk menjaga kestabilan air ketuban, bayi meminum air ketuban di dalam tubuh ibunya dan kemudian mengeluarkannya dalam bentuk air kencing.

Kekurangan cecair ketuban boleh disebabkan beberapa perkara, antaranya menurunnya fungsi plasenta akibat kehamilan yang melebihi waktu, ketuban yang bocor atau kelainan janin yang berkaitanan dengan penyumbatan saluran kandungan air kencing.

Ramai calon mama atau ibu yang menjadi stress jika air ketuban pecah sebelum tiba di hospital. Tak perlu panik, meskipun ada yang terpaksa melaluinya saat mendebarkan itu. Cubalah untuk bertenang dan segera mendapatkan rawatan doktor. Kedudukan bayi yang songsang boleh  menyebabkan kepala bayi menjadi tersumbat, sehingga pengaliran air ketuban menjadi begitu perlahan. Anda tidak perlu terlalu panik ketika air ketuban anda pecah.Secara umumnya, air ketuban tidak akan pecah sebelum si ibu berusaha untuk mengeluarkan (melahirkan) bayi. ‘Membran amnion’ akan pecah ketika proses melahirkan sedang berlangsung atau sedang kontraksi.

Sekiranya air ketuban tiba-tiba pecah, apa yang perlu anda lakukan adalah…

Ketika air ketuban pecah,segeralah meminta bantuan dan cubalah untuk  bertenang ya. Ada tiga perkara yang perlu anda perhatikan ketika air ketuban pecah.

  • Bila masanya air ketuban pecah?
  • Bagaimanakah warna air ketuban tersebut?
  • Macam mana pula dengan baunya?

Dengan memperhatikan ketiga-tiga perkara tersebut, akan mempermudahkan lagi doktor atau bidan membantu anda melalui proses kelahiran tersebut.Ketika air ketuban pecah, jangan memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan atau Miss V anda. Air ketuban yang sudah bocor atau pecah itu tidak boleh lagi menahan kuman.

Cegah Ketuban Pecah Semulajadi

Untuk menghindari terjadinya ketuban pecah semulajadi, anda perlu melakukan beberapa perkara berikut:

  • Lakukan pemeriksaan kehamilan secara teratur. Jika ada sesuatu yang tidak normal, segera hubungi doktor anda.
  • Apabila anda dikesan atau dikenap pasti mempunyai mulut rahim yang lemah, buat sementara waktu, berhentilah melakukan hubungan intim dengan suami.
  • Bersihkan kawasan alat sulit anda dengan betul dan bersih, seperti membilas dari depan ke belakang.
  • Usahakan untuk tetap tenang dan tidak panik ketika ketuban anda pecah. Panik hanya akan membuatkan anda menjadi semakin sukar untuk mendapatkan pertolongan pertama yang tepat.

<< Ketahui cara betul mencukur bulu ketiak supaya ketiak anda tidak kekal hitam di sini.

Previous post

Kenali Jenis-Jenis Rasa Lapar Dan Cara Menahannya Supaya Anda Tidak Kekal Menjadi Gemuk!

Next post

Ketahui Cara Mudah Supaya Bayi Anda Cepat Tidur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *