KewanitaanSihat

Ibu Hamil Tak Boleh Cabut Gigi? Baca Di Sini…

Sakit Gigi Ketika Hamil - Women Online Magazine

Foto: cdn2

“Ibu hamil dilarang mencabut gigi”. Sama ada ia hanya mitos atau kenyataan, pastinya ia adalah kepercayaan yang sudah lama dikhabarkan dari mulut ke mulut.

Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi. Namun, bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

Kesihatan Pergigian Ketika Hamil

Kesihatan pergigian yang sempurna ketika mengandung adalah penting untuk memastikan ibu dan kandungan sihat. Namun, perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko kepada penyakit pergigian.

Punca Sakit Gigi Ketika Hamil

  • Perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit gusi melalui pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
  • Alahan semasa mengandung menyukarkan proses memberus gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
  • Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.

Rawatan Lanjut

  • Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun, sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.
  • Sebaiknya, pemeriksaan x-ray dielak ketika hamil kecuali dalam keadaan kecemasan dan diperlukan.
  • Sekiranya pemeriksaan x-ray perlu diambil, pemakaian apron berplumbum diwajibkan untuk melindungi bayi dari sinaran-X.
  • Pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kerana boleh memberi kesan buruk terhadap bayi yang dikandung.
  • Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim.

Langkah-Langkah Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Hamil

  1. Pemeriksaan Pergigian
  • Lakukan lawatan ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi di awal peringkat kehamilan.
  • Dapatkan nasihat daripada doktor tentang penjagaan gigi sepanjang kehamilan.
  • Rawatan pergigian boleh dilakukan sepanjang kehamilan tetapi dinasihatkan selepas 3 bulan kandungan.
  1. Jaga Kebersihan Mulut
  • Bersihkan gigi dan gusi dengan baik dan dua kali sehari.
  • Gunakan berus yang lembut dan saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut anda.
  • Gunakan ubat gigi mengandungi fluoride.

<< Ketahui keistimewaan dan bahaya memakai pendakap gigi di sini.

 

Previous post

Putihkan Wajah Dengan Khasiat Beras Pulut

Next post

Panduan Mudah Jaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *