ProblemSihat

Penyakit Gout, Bukan Penyakit ‘Orang Kaya’! Anda Pun Boleh Terkena

penyakit gout - women online magazine

Benarkah penyakit gout adalah penyakit orang kaya? Sebenarnya tidak! Penyakit gout boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Namun, selalunya dihidapi oleh kebanyakan kaum lelaki. Wanita yang sudah menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki

Apa Itu Penyakit Gout?

Penyakit Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi penghidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan yang tidak dibuang dan berkumpul akan menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin seperti daging merah dan makanan laut juga merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

 

Tanda – Tanda Penyakit Gout

 

Faktor Penyakit Gout

1. Jantina

Secara umumnya, 90% lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.

2. Gaya hidup

Individu yang banyak minum minuman keras lebih berisiko mendapat penyakit gout.

3. Obesiti

Penyakit gout lebih mudah menyerang individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

4. Menghidap Penyakit Lain

Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia iaitu paras lemak dan kolesterol yang tinggi dan arteriosclerosis(penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan individu terkena penyakit gout.

5. Genetik

Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah penyakit gout.

 

Rawatan Serangan Akut

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil.
  • Cecair Steroid akan disuntik terus ke sendi yang radang. Walaubagaimanapun,Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor.

 

Langkah Pencegahan Penyakit Gout

  • Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Elakkan mengambil minuman keras.
  • Elakkan mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti makanan laut,kekacang dan daging.
  • Ubah gaya hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Kerapkan melakukan senaman.

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Penghidap Penyakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Anda juga perlu mengelakkan makan makanan seperti :

  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
  • Ikan bilis, kembung, sardin.
  • Daging cincang.
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging.
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.

Anda juga harus mengurangkan makan makanan seperti:

  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.
  • Roti jagung dan bijirin.

Kredit foto: healthination

<<  Rawat kanser dengan khasiat daun belalai gajah. Infonya baca di sini.

Previous post

Punca Gatal Celah Kaki, Angkara Ulat Air!

Next post

Khasiat Minyak Zaitun Cukup Menakjubkan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *