ProblemSihat

Bahaya Penyakit Meningitis Yang Harus Kita Ketahui & Fahami

Penyakit Meningitis - Women Online Magazine

Foto: i.huffpost

Meningitis ialah satu penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat.Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria Meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit Meningitis banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, jaringan hubungan rapat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat meningitis.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda & Gejala

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Rawatan

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan hanya disyorkan kepada mereka yang mempunyai hubungan terdekat dengan pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Pencegahan

Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135. Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong yang pergi ke kawasan seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah.

Vaksin ini diberi dua minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

<< Ketahui tips menghilangkan kesakitan gigi bongsu di sini.

 

Previous post

Cara Merawat Rambut Keriting Supaya Tidak ‘Mengembang’

Next post

Daun Mint Bukan Sekadar Menghapuskan Masalah Bau Mulut, Ketahui Pelbagai Khasiatnya Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *