DietSihat

Dapatkan Berat Badan Ideal Dengan 8 Makanan Sihat Ini

berat badan ideal - woman online magazine

 

Kredit :

healthwaysfit

 

Anda kuat makan, tetapi ingin mendapatkan berat badan ideal. Jangan haraplah anda akan kurus ataupun berjaya mendapatkan berat badan ideal jika anda masih mengambil makanan dengan kalori yang lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh. Secara automatik berat badan anda akan jadi bertambah naik!

Jika ada termasuk dalam senarai mereka yang tidak dapat mengawal nafsu makan, sebaiknya anda pilih beberapa makanan yang boleh menimbulkan efek kenyang lebih lama daripada makanan lain. Jika perut anda terasa kenyang sudah pasti anda tidak akan mencari-cari kudapan untuk mengisi kekosongan perut.Anda disarankan memilih makanan yang berserat tinggi, berprotein serta mengandungi lemak sihat dan tinggi kadar airnya. Kebanyakan makanan tersebut turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh anda.

Berikut adalah 8 jenis makanan yang boleh menjaga berat badan ideal anda:

  1. Kacang Almond

Kacang almond kaya dengan serat dan protein. Selain itu, elok juga untuk sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Pengambilan kacang almond mentah atau sudah diolah untuk mendapatkan hasil terbaik. Hindari kacang almond yang sudah diolah dengan banyak garam ataupun  dalam bentuk makanan manis kerana ia memberikan efek buruk bagi program diet anda dan ianya tentu akan mengagalkan hasrat anda untuk mendapatkan berat badan ideal.

  1. Epal

Epal merupakan contoh serat yang mudah dihadamkan untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C serta mengandungi ‘quecertin’, ‘plavanoid’ yang boleh mencegah penyakit kanker. Untuk dapatkan hasil baik, makan epal bersama kulitnya yang telah dibersihkan.

  1. Kacang Merah

Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fosfor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup yang anda bagi  menambahkan kelazatan makanan sihat anda.

  1. Bayam

Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat besi, magnesium serta vitamin A dan C.

  1. Ikan Salmon

Sebahagian besar jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat. Tetapi salmon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino Omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.

  1. Gandum

Gandum kaya dengan vitamin B3, thiamin atau vitamin B1, zat besi, serat, dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda sehingga anda mampu memiliki berat badan ideal.

  1. Brokoli

Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium, serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan hasil terbaik, jangan masak terlalu lama dan hindari memakai sos ataupun meletakkan garam yang berlebihan.

  1. Soya

Soya mengandungi Omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk vegetarian. Soya juga boleh dinikmati dalam bentuk tofu, susu,tempe dan tauhu.

<< Ketahui cara mudah turunkan berat badan dengan diet oatmeal di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Ketahui Rahsia Luar Biasa Yang Terdapat Pada Bunga Kantan

Next post

Pilihlah Produk Pemutih Wajah Yang Bagus & Selamat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *