KewanitaanSihat

Bersalin Dalam Air. Alternatif Baru Untuk Melahirkan Si Bayi, Tapi Selamat Ke?

Bersalin Dalam Air - women online magazine

Proses kelahiran yang biasa kita dengar dan alami adalah secara normal ataupun pembedahan (caesaran), tetapi ada satu lagi kaedah yang mula mendapat tempat di hati ibu-ibu hamil sekarang iatu bersalin di dalam air!

Kaedah ini sudah popular di negara luar tetapi masih belum popular di negara kita.Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘water birth’ merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air.

Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan si bayi. Bersalin di dalam air merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana sangat berbeza daripada bersalin secara biasa.Kesakitan yang dialami juga tidak seteruk proses bersalin sebelumnya malah proses persalinan ini mengambil masa yang agak cepat dan lebih tenang.

Persoalan Yang Sering Diperkatakan…

Persoalan biasa yang kita dengar apabila ditanya mengenai kaedah bersalin dalam air ini adalah:

“Selamat ke bersalin dalam air?”

“Baby tak lemas ke nanti?” 

“Tak sakit ker?”

Sebenarnya kaedah ini akan mengurangkan kesakitan bagi si ibu dan mengurangkan kesan trauma pada bayi yang baru lahir kerana air suam mampu membuatkan ibu tenang ketika berendam semasa menanti saat kelahiran bayi.

Persoalan mengenai samada bayi yang baru lahir itu lemas tidak timbul kerana bayi yang baru lahir tidak terus bernafas jadi tidak mungkin bayi akan lemas. Ini kerana bayi yang dilahirkan tidak akan bernafas selagi dia belum terdedah kepada udara.

Kronologinya selepas bersalin adalah setelah bayi dilahirkan, doktor atau jururawat akan membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.

Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk meregang dan ada berpendapat proses kelahiran didalam air lebih cepat daripada proses kelahiran biasa.

Proses bersalin dibuat di dalam kolam yang berisi air suam yang telah disteril dalam lingkungan suhu 34 – 36 celsius supaya hampir kepada suhu badan si ibu. Apabila bukaan sudah masuk 6-7 inci si ibu akan diminta masuk ke dalam kolam.

Selalunya si ibu yang memilih kaedah ini jarang meminta ubat tahan sakit. Hanya 5% sahaja yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% mereka meminta diberikan epidural. Sepanjang proses kelahiran si ibu akan diawasi oleh doktor dan jururawat terlatih.

 

Sejarah Kelahiran Bayi Bersalin Dalam Air

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai proses bersalin yang dilalui oleh Dr. Halina Mohd Yunos iaitu isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Dia selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Bayi yang seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Dr. Halina mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk melahirkan bayi dengan kaedah bersalin dalam air di Hospital Pantai Bangsar.

Antara faktor yang membuatnya  memilih kaedah bersalin dalam air ini adalah kerana bersalin dalam air kurang sakit selain lebih semula jadi. Jadi, memang terbukti bahawa kaedah bersalin dalam air memang selamat.

 

Cara & Kaedah Bersalin Dalam Air

Sebelum Bersalin

 

Ibu yang hamil anak kembar tidak digalakkan menggunakan cara persalinan di dalam air.

Semasa Proses Bersalin

  • Menggunakan air hangat dalam lingkungan 34°-36°,air yang bersih dan bebas daripada kotoran seperti ubat,bahan kimia dan virus.Penggunaan air yang hangat dapat membuatkan vagina si ibu menjadi elastik dan mempercepatkan proses bersalin.
  • Si ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan pastikan posisi bayi berada dalam keadaan yang betul.
  • Si ibu juga perlu menjalani latihan meneran terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam untuk melancarkan proses bersalin dan untuk memastikan anda mempunyai banyak luka.
  • Apabila rahim si ibu telah terbuka antara 6cm-7cm si ibu sudah boleh dibawa masuk ke dalam kolam berisi air hangat untuk proses bersalin berbanding bersalin secara biasa yang memerlukan rahim terbuka sebanyak 10cm.

 

Kelebihan Bersalin Dalam Air

Kelebihan Kepada Ibu

 

Kelebihan Kepada Bayi

 

Jadi, bagaimana dengan para bakal ibu. Adakah anda bersedia untuk melahirkan bayi anda dengan kaedah bersalin dalam air? Ada berani?

Kredit foto: kaysepratt

<< Ketahui petua mudah bersalin di sini.

 

 

Previous post

Khasiat Minyak Zaitun Cukup Menakjubkan!

Next post

10 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati Di Korea!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *