ProblemSihat

9 Cara Kurangkan Risiko Buah Pinggang Rosak

buah pinggang rosak - women online magazine-2Kredit Foto: chuatribenhviemkhop

Buah Pinggang Rosak. Anda punya masalah tentang pembuangan air kencing(urine). Jaga-jaga, takut-takut buah pinggang anda rosak!

Buah pinggang adalah sebahagian dari saluran kencing yang memainkan peranan utama untuk menyaring kotoran daripada darah dan membuangnya bersama cecair dalam bentuk air kencing(urine). Secara semulajadi, kemampuan sistem ‘filter’ buah pinggang akan menurun ketika anda  mencecah usia 30-40 tahun.

Bahkan fungsinya juga akan menurun sebanyak 10 peratus. Namun, jika anda merawat buah pinggang dengan betul daripada awal, risiko buah pinggang rosak di kemudian hari menjadi lebih kecil peratusannya. Sebaliknya, jika anda  menjalani gaya hidup yang tidak sihat atau langsung tidak memperdulikan kesihatan buah pinggang, risiko buah pinggang rosak pada usia muda semakin besar potensinya.  Inilah  yang menjadi punca mengapa ramai kaum belia pada hari ini terpaksa berdepan dengan kerosakan buah pinggangnya.

 

Baca Juga: Khasiat Makanan Pahit

 

Bagi mempastikan kesihatan buah pinggang di kemudian hari, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Menurut sumber daripada The Health Site, ada 9 perkara penting yang harus anda lakukan untuk menjaga kesihatan buah pinggang dan mengurangi risiko buah pinggang rosak.

 

1.  Mengawal diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Dalam pelbagai kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang dihasilkan daripada penyakit primer atau keadaan seperti diabetes, penyakit jantung ataupun tekanan darah itu. Jadi sebab itulah, anda perlu mengawal kadar gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti aturan diet sihat, rajin bersenam dan perubatan yang sihat sangat penting untuk menjaga buah pinggang sejak awal lagi.

 

2. Mengurangi pengambilan garam

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang.

 

3.  Minum banyak air putih

Air membuatkan ada terhidrasi dan membantu buah pinggang untuk membuang semua racun daripada tubuh anda. Air juga membantu tubuh untuk mempertahankan volume darah dan meningkatkan kepekatannya. Air juga mengambil peranan penting dalam penghadaman dan mengawal suhu tubuh. Paling kurang, anda harus minum 8 gelas air sehari.

 

4. Jangan ‘tahan-tahan’ buang air kecil

Penyaringan darah adalah fungsi utama yang dilakukan oleh ginjal.  Menahan diri untuk membuang air kecil akan memberikan infeksi pada buah pinggang. Menahannya bererti membuatkan kandungan air kencing anda terpaksa  menampung lebih daripada kapasitinya. Perkara ini boleh mempengaruhi gerak kerja buah pinggang.

 

5. Jaga Pemakanan

Hampir semua proses yang terjadi di dalam tubuh banyak dipengaruhi apa yang anda makan dan bagaimana anda memakannya. Jika anda makan makanan yang tidak sihat, organ-organ anda harus menghadapi efeknya, termasuklah buah pinggang. Jadi, sebaiknya hindari makanan yang tidak sihat. Selain itu, anda juga perlu seiringkan makanan yang tepat dalam diet anda, terutama makan yang boleh memperkuatkan buah pinggang seperti asparagus, bijrin, bawang putih dan ikan. Buah-buahan seperti tembikai,lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

 

6. Pilih Minuman Sihat

Jus buah-buahan segar adalah cara lain untuk minum lebih banyak cecair dan menjaga buah pinggang anda sihat. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air. Hindari kopi dan teh, keduanya mengandungi kafein yang mengurangi jumlah cecair dalam tubuh, membuat buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

 

7. Rajin Bersenam

Ada yang berpendapat obesiti berkait rapat dengan masalah buah pinggang. Kelebihan berat badan dua kali ganda kemungkinan besar juga menghalang gerak kerja buah pinggang. Bersenam, makan dengan jumlah yang sihat serta mengawal berat badan dapat membantu anda menjaga kesihatan buah pinggang. Jika anda sudah berhadapan dengan masalah buah pingang, hindari sebarang jus yang diperbuat daripada sayuran bayam dan ubi bit. Dua makanan ini kaya dengan asid ‘oksalat ‘yang membantu dalam pembentukkan batu karang. Pengambilan air kelapa muda segar sangat digalakkan.

 

8. Hindari Alkohol Dan Rokok

Kelebihan alkohol dapat menganggu keseimbangan elektrolit tubuh dan mengawal hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang.  Namun,merokok tidak ada kaitan lansgung dengan masalah buah pinggang, tetapi boleh mengurangkan fungsi buah binggang secara signifkan. Rokok juga memiliki efek buruk buat kesihatan jantung sehingga boleh memparahkan lagi masalah buah pinggang.

 

9. Hindari Sebarang Ubatan  Yang Tidak Perlu

Semua jenis ubat yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk proses penyaringan. Peningkatan dose atau pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan boleh meningkatkan beban buah pinggang. Selain itu, jika anda gemar memakan suplemen vitamin atau suplemen herba, pertimbangkan keperluan dose anda. Jumlah vitamin yang berlebihan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan tertentu boleh membuatkan buah pinggang rosak. Jadi, sebaiknya anda merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hasrat anda untuk memakannya.

 

Ekstra Tips!

Selain air kencing, tanda-tanda lain buah pinggang rosak boleh dikesan menerusi…

  1. Darah menjadi lebih asid
  2. Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  3. Hemoglobin rendah
  4. Kurang darah (anemia)
  5. Cepat penat
  6. Tubuh sering berasa sakit, kejang, kurang berselera untuk makan dan sukar tidur.
  7. Penimbunan cecair seperti di kaki dan wajah yang akan kelihatan seperti membengkak.
  8. Pengeringan cecair dengan mata cengkung, mulut kering dan seperti tidak ada lendir dalam mulut.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<<  Apa yang menyebabkan anda sering sakit belakang? Ketahui punca sakit belakang di… 

Previous post

Resepi Murtabak Maggi Lazat

Next post

7 Cara Cantik Dengan Minyak Masak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *