5 Makanan Bantu Bakar Lemak Terkumpul
Kredit Foto: desire
Bakar Lemak.Lemak pada asalnya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia merupakan simpanan nutrisi dalam tubuh yang akan digunakan sebagai sumber tenaga.
Protein dan karbohidrat yang tidak diguna akan diubah kepada lemak. Lemak boleh diubah kepada tenaga, tetapi bukan kepada protein dan karbohidrat.Selain sebagai sumber tenaga, lemak juga adalah bahan mudah alih vitamin ke seluruh badan. Ia juga menyimpan hormon-hormon badan untuk digunakan.
Adakah Lemak Itu Buruk Untuk Kesihatan?
Harus anda ketahui, tidak semua lemak itu buruk. Malah, tubuh memerlukan 20 hingga 30% lemak untuk kegunaan tenaga seharian. Lemak yang tidak berlebihan juga membantu mengekalkan suhu badan.
Namun, apa yang menjadikan lemak itu berbahaya adalah apabila ia berlebihan. Lemak berlebihan akan menyebabkan pembuluh darah mula mengecil kerana kekurangan ruang. Ia menyukarkan proses pengepaman darah, lalu mengakibatkan serangan seperti sakit jantung dan strok.
Baca Juga: Cara Buang Lemak Di Perut
Bagaimana Lemak Terkumpul?
Punca utama bagaimana lemak terkumpul tentulah gaya pemakanan. Lemak adalah pertukaran daripada protein dan karbohidrat untuk disimpan sebelum menjadi tenaga. Namun begitu, anda perlu berhati-hati. Kurangkan diet pemakanan yang mengandungi banyak lemak berbahaya seperti lemak trans. Lemak trans sukar untuk dibakar tubuh dan pastinya kurang nutrisi.
1. Teh Hijau
Ekstrak daun teh hijau mampu membantu pengoksidaan lemak. Selain itu, meminum teh hijau adalah disarankan kerana ia mengandungi catechin. Catechin membantu meningkatkan kadar metabolism dan kadar pembakaran juga akan meningkat.
2. Cili Merah
Capsaicin yang terkandung dalam bahagian biji-biji cili membantu meningkatkan kadar metabolisma, tetapi hanya untuk seketika. Sebab itu ia amat disyorkan untuk dimakan.
3. Minyak Bijan
Sesamin yang terkandung dalam minyak bijan bersifat anti-oksidanya yang tinggi, namun baru-baru ini ia juga dikenalpasti sebagai bahan yang membantu proses pembakaran lemak. Dalam bentuk aktif, sesamin dijumpai untuk mengaktifkan reseptor-reseptor sel-sel otot, jantung dan hati.
4. Susu Rendah Lemak
Tenusu rendah lemak mengandungi banyak bakteria baik yang membantu perut dalam sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat kerana dapat menyerap nutrisi sepenuhnya dan mengurangkan gejala tubuh lesu. Selain itu, tenusu rendah lemak mengandungi kalsium dan vitamin D yang membantu memecahkan dan membebaskan sel-sel lemak dengan lebih cekap.
5. Kafein
Sebuah kajian yang dilaksanakan Journal of Medicine and Scince in Sports melaporkan mereka yang mengambil secara purata 330mg kafein 60 minit sebelum bersenam mengalamai kadar pengoksidaan lemak yang lebih tinggi berbanding biasa. Kadar pengoksidaan lemak yang tinggi bermakna pembakaran lemak lebih tinggi, justeru kurangnya penggunaan glycogen otot. Apabila tubuh kehabisan glycogen otot, maka keadaan tubuh akan lesu dan tidak bermaya.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya.
<< Ketahui cara mengecilkan perut dengan cepat dan semulajadi di sini.
No Comment