Cara Betul Membersihkan Karpet Supaya Tak Cepat Berhabuk
Sama ada ambal, permaidani atau karpet, kewujudannya bukan setakat memanjakan kaki.
Permaidani adalah salah satu pilihan yang dapat menambahkan seri kediaman anda. Tetapi, tak kira ia bersaiz besar, sederhana, panjang, bulat, cantik warna dan motifnya permaidani tetap perlu dirawat.
Tambahan pula, habuk atau debu mudah sangat melekat pada permaidani. Jika tidak dijaga, ia bukan sahaja mudah rosak, nampak kusam atau buruk dipandang mata, tetapi banyak habuk dan kuman yang akan melekat sehingga boleh membahayakan kesihatan.
Jadi, sebab itulah bagi anda yang suka meletakkan permaidani dalam mendekorasikan ruang kediaman anda perlu tahu cara yang betul untuk merawatnya agar tetap cantik, selesa dan bebas habuk.
Berikut adalah cara membersihkan permaidani atau karpet yang betul:
1. Elakkan permaidani terkena sinaran cahaya matahari secara langsung kerana ia boleh membuatkan warna permaidani menjadi pudar.
2. Ubah kedudukan permaidani secara rutin, paling lama dua bulan sekali.
3. Jika anda membeli permaidani yang baru, pastikan anda tidak terlupa untuk meminta bantuan jurujual supaya ‘mengangin-anginkan’ ia. Permaidani yang masih baru biasanya memiliki bau yang tidak sedap.
4. Untuk menjaga permaidani agar tetap bersih daripada habuk atau debu, pastikan enam bulan sekali anda membersihkannya dengan menggunakan ‘vacum cleaner’.
5. Anda juga boleh menggunakan pembersih semburan untuk membersihkan permaidani. Pastikan anda tidak membeli pembersih semburan yang boleh merosakkan warna permaidani. Semburkan ke semua bahagian permaidani dalam satu arah sahaja. Setelah ia merata, gunakan span untuk menyikatnya. Biarkan ia kering dan gunakan kembali ‘vacum cleaner’ untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
6. Jika permaidani tersebut terlalu berhabuk atau berdebu, cara terbaik yang boleh anda gunakan ialah hantar dobi! Habuk yang terdapat di dalam bahagian permaidani tidak memadai dengan menggunakan ‘vacum cleaner’ ya.
Kredit foto: theepochtimes
<< Jom ketahui cara mendekorasi ruang dapur yang sempit. Baca di sini.
No Comment