Ketahui Cara Betul Membersihkan Payudara
Foto: howtoincreasebreastsizefast
Payudara merupakan organ tubuh yang penting dalam proses menyusukan bayi. Menyusukan bayi adalah satu tanggungjawab anda sebagai ibu.Bagaimana cara merawat atau membersihkan payudara sepanjang proses kehamilan dan juga ketika anda menyusukan bayi anda?
Lakukan Terapi Mengurut Payudara
Terapi mengurut payudara boleh melancarkan pengeluaran air susu ibu. Lakukan urutan tersebut pada trimester awal kehamilan ketika anda mandi, sebanyak dua kali sehari. Namun, anda tidak dibenarkan mengurutnya pada trimester ketiga kerana takut mengundang kontraksi rasa hendak bersalin.
Cara Mengurut:
Anda perlu membersihkan payudara anda dengan air, kemudian urut dengan kedua tangan menggunakna minyak kelapa atau baby oil. Urut sekeliling payudara searah jarum jam, kemudian berlawanan arah. Lakukan urutan ini selama 10-15 minit. Ia bermanfaat untuk membuka ruang yang tersumbat dengan sel-sel mati yang menghalang pengeluaran air susu ibu. Urut payudara bahagian bawah ke arah puting, tetapi bahagian putting tersebut tidak perlu diurut supaya tidak menimbulkan sebarang kontraksi.Ketuk-ketuk payudara dengan hujung jari bagi melancarkan perjalanan darah.
Bersihkan Puting Payudara Anda
Kotoran boleh membuatkan puting payudara anda tersumbat sehingga menghalang pengeluaran air susu ibu. Cara membersihkan payudara atau puting sebaiknya menggunakan baby oil, minyak kelapa atau pun ramuan herba yang selamat untuk kesihatan. Jangan bersihkan payudara serta puting menggunakan losyen, sabun atau alkohol. Bersihkan payudara menggunakan air suam yang telah dicampur dengan sedikit baby oil. Bersihkan puting yang kering dengan krim antiseptik.
Selain itu, kebersihan puting boleh anda jaga dengan cara membersihkannya setiap hari dengan air suam setelah mandi. Hindari membersihkan puting payudara dengan sabun, kerana ia akan menyebabkannya kering dan pecah-pecah, sehingga terasa perih.
Untuk menjaga agar puting tetap menonjol serta sel-sel kulit mati terlepas dari puting, anda boleh melakukan hal-hal berikut:
- Sapukan baby oil, minyak zaitun atau minyak kelapa ke hujung telunjuk dan ibu jari kanan.
- Kepit puting dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari yang sudah disapu dengan minyak tadi.
- Lakukan gerakan memutar secara bolak-balik dengan arah berlawanan.Lakukan perkara seperti itu pada puting payudara yang sebelah lagi.
<< Kenali dengan jelas tanda-tanda kanser payudara di sini.
No Comment