KewanitaanSihat

Ketahui Cara Betul Mencukur Bulu Ketiak Supaya Ketiak Anda Tidak Kekal Hitam

cara mencukur bulu ketiak - woman online magazine

Kredit :

Healthydunia

 

Biasanya bulu ketiak dihilangkan dengan cara dicukur atau dicabut.Kedua-dua cara ini sememangnya mudah dan sangat praktikal serta boleh dilakukan sendiri di rumah.

Anda hanya perlu menyediakan dua benda, iaitu alat pencukur yang tajam dan  krim penghilang bulu. Namun, adan di antara kita, yang lebih suka mencabut bulu ketiak. Mencabut bulu ketiak sebenarnya boleh membuat kulit ketiak terasa sakit dan menghitam. Proses penghilangan bulu ini pun memerlukan masa yang banyak, jadi sebab itulah ramai wanita yang lebih suka mencukur bulu ketiak mereka.Untuk menghilangkan bulu ketiak dengan cara mencukur juga mempunyai banyak kelemahan. Jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, ia boleh membuatkan kulit ketiak anda terluka.

Berikut beberapa cara mencukur bulu ketiak yang betul atau tepat tanpa terluka:

  1. Cukur dalam keadaan yang basah

Jika anda mahu menghilangkan bulu ketiak dengan cara mencukur bulu tersebut, lakukannya dalam keadaan kulit ketiak lembab atau basah. Pada ketika kulit ketiak kering, risiko untuk terluka dan mengalami efek sampingan lebih besar. Malahan, bekas luka itupun akan membuatkan warna ketiak menjadi hitam. Untuk lebih selesa serta memudahkan proses mencukur bulu ketiak, basahkan kulit ketiak terlebih dahulu dengan menggunakan air sabun dan mulakan mencukur bulu tersebut secara perlahan-lahan, dari bawah ke atas dan sebaliknya sehingga bulu ketiak tersebut habis dicukur.

  1. Gunakan Pisau Cukur Yang Berkualiti

Cara mencukur bulu ketiak yang betul,sebaiknya menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Pemilihan pisau pencukur ketiak tidak boleh sembarangan. Alat pencukur untuk wanita dan lelaki, sebenarnya tidak sama. Anda perlu memilih alat cukur yang sesuai.Jadi, pastikan anda  memilih alat pencukur bulu yang tajam dan berkualiti baik, pastikan ia tidak berkarat atau yang sudah tidak tajam lagi.

  1. Gunakan ‘Cream Shaving’

Cara selamat mencukur bulu ketiak agar tidak terluka dan berdarah adalah dengan menyapu ‘cream shaving’. Krim ini akan membantu melembutkan bulu dan melancarkan tugas pisau cukur untuk mencukur bulu di ketiak. Cara ini sangat disarankan buat anda yang memiliki jenis kulit ketiak kering. Pilih ‘cream shaving’ yang sesuai dengan keperluan dan khusus buat wanita.

  1. Gunakan Pelembab Atau Losyen

Selesai mencukur bulu, lakukan gerakan mengurut pada kulit ketiak dengan menggunakan body cream atau losyen. Penggunaan krim atau losyen selepas selesai  melakukan pencukuran bulu ketiak ini bermanfaat untuk menjaga dan memberikan kelembapan pada kulit ketiak sehingga kulit ketiak tidak menjadi kering.

  1. Tukar Pisau Cukur 3-4 Bulan

Untuk lebih selamat, selain memilih pisau cukur yang berkualiti, anda perlu menggantinya secara teratur setidaknya 3-4 kali setiap bulan sehingga pisau cukur yang sudah berkarat atau sudah tidak layak pakai tidak digunakan lagi.

Kesimpulan

Mencukur bulu ketiak dengan teknik yang tepat, bermula daripada persiapan sebelum mencukur sehinggalah selesai akan membantu anda untuk berasa lebih selesa serta bersedia untuk melakukannya sendiri di rumah.

<< Ketahui info selanjutnya tentang mencukur bulu ketiak yang boleh buat ketiak jadi hitam di sini.

Previous post

Beras Merah Lebih Berkhasiat Daripada Beras Putih. Jadi, Jom Ubah Selera!

Next post

Kena Cuba!10 Cara Kuruskan Pipi Supaya Hilang ‘Chubby’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *